Wednesday, 23 July 2014

BRIGED IZZUDIN AL- QASSAM YANG SEMAKIN DIGERUNI OLEH ZIONIST!!!


Brigade AL Qassam berjaya musnahkan 36 kereta kebal Israel !!!

















Briged Izzuddin Al-Qassam melaporkan 
statistik kejayaan mereka di medan 
peperangan hari ke-15(Hari Selasa);


- Berjaya membunuh sekurang-kurang 52 
tentera penceroboh Israel antaranya 2 
berpangkat tinggi dalam pertempuran 
berdepan mahupun serangan hendap.


- Berjaya menghancurkan 36 buah mesin 
kenderaan; kereta kebal, kereta perisai, 
kereta peronda, dan jentolak.


- Berjaya meletupkan rumah yang dijadikan 
kubu tempat berkumpul tentera penceroboh 
dengan 35 bazooka dan 33 periuk api


- Berjaya menembak 11 orang tentera 
penceroboh dengan tembakan senjata 
tepat.























Sementara itu unit pertahanan udara 
Briged Izzuddin Al-Qassam, pada 
Selasa 23.7 2014 jam 19:40 melancarkan 
peluru berpandu ke udara mensasarkan 
dan mengenai jet perang tentera penjajah 
Israel model F16 di langit kawasan Deir 
al-Balah ketika ia cuba untuk menyerang 
rakyat Palestin di sana.













SIAPAKAH BRIGED IZZUDIN AL- QASSAM YANG DIGERUNI 

OLEH ZIONIST LAKNATULLAH INI ??? 


Briged Izzudin Al-Qassam atau dikenali sebagai Al-Qassam 

amat digeruni oleh rejim Zionis.




Al-Qassam adalah sayap tentera Hamas , dipelopori penubuhannya oleh pejuang seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada, pada tahun 1984.



Gambar-briged-izzudin-al-qassam.jpg

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.




Selepas syahidnya Sheikh Ahmad Yassin , jawatan itu digantikan As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi, tetapi beliau hanya berkhidmat kurang sebulan selepas dibedil helikopter Israel pada 18 April 2014.




Kini, Hamas membuat pendekatan baru dengan menonjolkan beberapa pimpinan seperti Sheikh Khalid Mishal, Abu Marzouq dan Sami Abu Zuhri.




Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin.




Briged elit itu dianggotai pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. Jumlah tentera lingkungan 25,000 orang. 


Sejak Intifadah pada tahun 2000, 800 askar mati syahid. Terkenal dengan roket Al-Qassam, roket yang artileri buatan sendiri dikeluarkan dalam tiga model sejak 2001 hingga 2011. 


Roket itu dilancarkan dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam. 




Anggotanya sentiasa bersedia untuk syahid.

No comments: