Friday, 25 July 2014

PEMIMPIN KAH AKU????





Sultan Mehmet al-Fatih (Conquered Eastern 

Roman Empire at Age of 21)




SAJAK : SYARAT JADI PEMIMPIN 




Kalau engkau INGIN jadi pemimpin

Sanggupkah engkau menjadi AYAH,

bertanggungjawab kepada mereka?



Kalau engkau SUKA menjadi pemimpin

Sanggupkah engkau menjadi IBU,

tempat untuk bermanja-manja?




Jika engkau HENDAK menjadi pemimpin

Sanggupkah engkau menjadi GURU 




Boleh memberi didikan 


dan memberi ilmu.



Jika engkau MAHU menjadi pemimpin

Sanggupkah engkau menjadi kawan 


kawan yang setia?

boleh memberi pertolongan

boleh memberi bantuan 

Bila-bila masa 



Jika engkau berhajat jadi PEMIMPIN,

sanggupkah engkau jadi AYAH, jadi IBU,

jadi GURU, jadi KAWAN SETIA?




Andainya manusia faham 


Mengerti kedudukan pemimpin

Tidaklah ianya  jadi rebutan 

Bahkan menolak dan menepis

Kecuali tidak dapat dielakkan 


kerana kehendak orang banyak



Sekarang 

Kepimpinan menjadi rebutan 

Menjadi buruan

Bukan kerana ingin 


Jadi ayah,jadi ibu,jadi guru,

Jadi kawan setia



Tapi 


Di sana ada kepentingan 

Ada keuntungan




Kerana itulah 

Dunia semakin huru-hara

Dek  kerana PEMIMPIN

tidak bertanggungjawab

Tidak mementingkan rakyat sendiri




Dek kerana itulah 


Pemimpin hari ini

Dicaci-maki oleh rakyat!!!

Bengkel rohahi.

No comments: