Wednesday, 23 July 2014

JANGAN BIARKAN JERAWAT MENGHODOHKAN WAJAH KAU ORANG!!!

Kebiasaan Munculnya Jerawat



Menurut statistik, satu daripada lima orang dewasa usia 25 - 44 tahun mengalami problem jerawat. Masalah kulit ini tidak disebabkan oleh satu faktor sahaja, sehingga memang agak sukar untuk mengenyahkannya.
Tetapi bagaimana anda melayan kulit, sedikit banyak memainkan peranan dalam kemunculan jerawat di wajah. Tak percaya? Cuba lihat buktinya.


1. Memakai make-up ketika bersenam

Kesalahan terbesar yang dilakukan rata-rata perempuan adalah, baru membersihkan wajah selepas bersenam. Justru, sebelum bersenam wajah sudah harus dalam keadaan bersih agar ketika peluh yang mencurah, debu atau sisa make-up tidak melekat pada wajah. 

Produk-produk penjagaan kulit dan rambut, seperti hair conditioner, gel, shaving cream (untuk lelaki), moisturizer, sunscreen , dan produk-produk lain yang mengandungi minyak, boleh menyumbat liang-liang dan menyebabkan timbulnya jerawat. 

Ganti produk-produk ini dengan bahan yang tidak akan menyumbat liang; biasanya pada label bungkusan ditulis oil-free dan / atau noncomedogenic. Namun walaupun menggunakan produk yang tidak mengandungi minyak, anda tetap perlu membersihkan wajah sebelum bersenam. 

Pertimbangkan juga sama ada produk-produk tersebut memang anda perlukan. Soalnya, produk-produk yang disebut "dermatologist tested" (telah diuji oleh pakar dermatologi) pun boleh menyebabkan jerawat pada sebahagian orang. 


2. Sering meraba-raba pipi atau dagu 

Mungkin anda tak sedar melakukannya, namun kerap mengusap keringat di wajah dengan tangan atau menggosok hidung boleh mendorong tumbuhnya bakteria dan menyebabkan jangkitan. Biasakan juga untuk tidak memegang-megang jerawat yang mula tumbuh. Memicit jerawat boleh membuat bakteria pada jerawat masuk semakin dalam ke kulit, sehingga menimbulkan keradangan dan parut kekal. 


3. Tidak rajin membasuh muka 

Segera basuh wajah selepas anda bersenam ataupun melakukan aktiviti lain yang membuat anda berpeluh. Aktiviti fizikal memanaskan badan, menyebabkan peluh bercampur dengan minyak di permukaan kulit. 
Kedua hal ini boleh menyumbat liang-liang.Jika anda tidak boleh mencuci muka, keringkan wajah dan tubuh anda dengan tuala, lalu segera berganti pakaian. 

Berlama-lama mengenakan pakaian yang basah kerana keringat, apalagi yang ketat, juga membuat dada, punggung, dan bahagian lain dari tubuh anda ditumbuhi jerawat. Bila anda sering mengenakan ikat kepala, topi, atau helm, yang dipasang kuat di kepala, rajin-rajinlah mencuci talinya untuk mengurangkan bakteria. 


4.Terlalu sering mencuci wajah dengan sabun yang keras 

Jerawat tidak disebabkan oleh kotoran. Kerana itu, tak ada gunanya sering-sering mencuci muka dengan sabun atau scrub yang mengandungi bahan yang tajam seperti alkohol. Keadaan wajah anda bahkan boleh makin parah kerana memaksa pengeluaran minyak berlebihan. 

Tukar kebiasaan anda dengan membasuh muka dari rahang ke arah garis rambut dengan sabun yang lembut dan air hangat, sekali atau dua kali sehari. Jangan lupa, cuci dulu tangan anda sebelum menyentuh muka. Lalu, keringkan wajah yang sudah bersih dengan menepuk-nepuknya dengan tuala yang kering dan lembut (bukan menggosoknya). 


5. Membiarkan tekanan berterusan 

Mungkin anda pernah mendengar bahawa stres boleh berpengaruh pada kesihatan kulit. Sebab ketika anda stres, tubuh menghasilkan hormon stres (kortisol) yang akan merangsang pengeluaran minyak yang berlebihan dari kelenjar sebum di dalam kulit.Kalau kelebihan minyak ini bercampur dengan sel-sel kulit mati dan bakteria, jerawat boleh bertambah besar atau bertambah parah. 

Kalau anda mengalami stres yang berpanjangan, cubalah untuk berehat sejenak dari rutin yang membuat anda stres. Lakukan latihan peregangan dan bernafas dalam-dalam. Sukan secara teratur juga ampuh mengatasi kegelisahan dan mengurangkan stres. 

Pada dasarnya, tidak ada ubat mujarab untuk jerawat. Kebanyakan jerawat ringan boleh diatasi dengan rawatan kulit dan tubuh yang sederhana. Bila apa yang anda lakukan belum berjaya melenyapkan jerawat, kemungkinan ada beberapa faktor lain yang menjadi penyebabnya. Antara lain, perubahan hormon (haid, kehamilan, atau memulakan dan berhenti mengambil pil KB), mengambil ubat-ubatan tertentu, alergi makanan atau kosmetik, dan faktor genetik.

No comments: