Tuesday 15 July 2014

Mandi Buih Sambil Bogel!!!


Warga Vietnam yang dicekup dalam serbuan di sebuah 

rumah urut di Bandar Puteri.

Sebuah premis rumah urut yang menawarkan khidmat mandi buih kepada pelanggannya di Bandar Puteri di sini lumpuh apabila kegiatan mereka berjaya dihidu pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam serbuan dilaksanakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)itu, 10 wanita warga Vietnam, enam pelanggan dan seorang pekerja dicekup.

Ketika serbuan, tukang urut warga asing terbabit dikatakan asyik memandikan pelanggan mereka dalam keadaan berbaring di dalam bilik mandi yang berada di setiap ruang dipisahkan dengan dinding.

Empat premis diperiksa, tiga daripadanya didapati mematuhi syarat dan notis dikeluarkan pihak majlis seminggu sebelum ini. 


Pemantauan dilakukan setelah tempoh notis tamat bertujuan supaya pengusaha premis mematuhi syarat lesen.

Serbuan ke atas sebuah premis pusat penjagaan kesihatan yang kononnya menjalankan perkhidmatan urutan mendapati pengusaha gagal mempamerkan lesen perniagaan sah.
Kebiasaannya pengusaha hanya menawarkan kadar khidmat urutan sebanyak RM40 hingga RM50 tetapi premis ini menawarkan harga dari RM150.
Pengusaha didapati menawarkan aktiviti mandi buih kepada pengunjung dalam keadaan berbogel. 
* Sumber Sinar Harian

2 comments:

maae said...

Denda rendah sangat ! Rotan je kan baik !

Anonymous said...

Bab2 rotan nih, kena rujuk ostat2 PAS dahulu. Mereka tersangat pakar dalam hal-hal mcm nih!