Tuesday, 1 July 2014

KERANA JUDI HIDUP SETENGAH MATI,SANGGUP GADAI ISTERI!!!


Gadai isteri, muflis akibat mesin judi. 


[Gambar Hiasan]

Ketagihan bermain mesin judi haram 
mengakibatkan pelbagai masalah sosial 
berlaku dalam masyarakat sehingga 
terdapat kaki judi yang sanggup 
menggadaikan isteri semata-mata 
mahu melunaskan hutang kepada 
peminjam wang haram atau ah long. 

Sumber yang merujuk kepada satu kes di 
sebuah negeri yang melibatkan kakitangan 
awam berkata, akibat ketagihan judi lelaki 
tersebut sanggup meminjam wang 
daripada ah long mencecah RM40,000.

“Disebabkan tidak mampu melangsaikan 
hutangnya, lelaki itu sanggup ‘menjual’ 
isterinya kepada ah long terbabit. 

Tindakan tidak bertanggungawab individu 
ini turut menyebabkan penceraiannya,’’ 
kata sumber itu.

Selain itu, sumber tersebut mendedahkan, 
tindakan pengusaha mesin judi membenar
kan pelanggan mereka melakukan 
pembayaran melalui kad kredit juga 
memberi kesan yang amat buruk.

“Pelanggan dibenarkan menggunakan 
sehingga had maksimum dan kalau mahu 
ditukarkan kepada wang tunai, komisen 
akan dikenakan, tetapi yang penting bagi 
pengusaha , mereka boleh mengaut 
keuntungan.

“Apabila sudah ketagih bermain, semua 
wang dihabiskan dan akhirnya kad kredit 
tidak mampu dibayar sehingga menyebabkan 
mereka berhadapan risiko muflis,’’ katanya.

Menurut sumber itu lagi, kewujudan 
puluhan premis judi haram di sesebuah 
kawasan tidak hanya memfokuskan satu 
golongan sahaja.

“Sebab itulah, premis kegiatan haram itu 
bukan lagi sekadar wujud di bandar tetapi 
juga pekan-pekan kecil,’’ katanya.

Katanya, sasaran pengusaha mesin judi 
haram melibatkan golongan berkerjaya, 
orang kampung, remaja dan pelajar.

“Ada golongan berkerjaya sanggup 
ponteng kerja kerana menghabiskan 
masa bermain mesin judi manakala 
pelajar pula menghabiskan wang saku 
yang diberikan ibu bapa bagi tujuan 
tidak berfaedah itu.

“Golongan remaja yang menjebakkan 
diri bermain mesin judi tidak memikirkan 
masa hadapan sehingga mendorong 
mereka melakukan jenayah lain seperti 
meragut dan merompak," katanya.

Tambah sumber itu, terdapat juga kaki 
judi yang menghabiskan wang bantuan 
kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia 
(BR1M) dan Skim Bantuan Khas Kejatuhan 
Harga Getah di mesin slot. 
© -Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: