Sunday 20 July 2014

KERAJAAN TAKUT KE NAK BERTINDAK TERHADAP BAKAL PEMBUNUH INI???

INSIDEN MH17 SAMM SALAHKAN NAJIB


Berikutan insiden pesawat milik Malaysia Airline MH17 yang dilaporkan terhempas akibat ditembak di Ukraine sewaktu dalam penerbangan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur , YAB Datuk Seri Najib sekali lagi dipersalahkan oleh penyokong-penyokong pembangkang.


Seorang pengamal media sosial yang juga merupakan ahli SAMM yang menggelarkan dirinya sebagai Ahli Fikir bukan sahaja menyalahkan kepimpinan negara tetapi turut bertindak menghina dan mencaci parti UMNO selain daripada melakukan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri.

Berdasarkan sumber lelaki terbabit yang menggunakan nama samaran Ahli Fikir merupakan pengikut tegar SAMM dan bernama Afzanizam yang sebelum ini sering kali dilihat bersama-sama dalam demontrasi jalanan yang berlaku di Kuala Lumpur mahupun Pulau Pinang.

Beliau yang sering kali mencetuskan provokasi itu setakat ini mempunyai 3 waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam berikutan laporan Polis yang dibuat sebelum ini.

Namun sehingga kini lelaki terbabit masih lagi bebas ke sana ke mari dan tingkah lakunya semakin hari semakin biadap tanpa ada sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Apakah lelaki ini punya imuniti tertentu sehingga menyebabkan beliau masih bebas tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa ?

Pada ketika Malaysia sedang bersedih dengan berita kematian 295 penumpang dan anak kapal MH17 , masih ada lagi mereka-mereka diluar sana yang memilih untuk menyemai kebencian sesama kita. UtaraNews


Shame on you SAMM !

1 comment:

. said...

Kes ni tahap najis MUGHALAZAH..dia org pon ngeri2 nak pegang...