Sunday 6 July 2014

Gadis Selangor Bakal Isteri TMJ!!!


1

Walaupun tiada pengumuman rasmi, berita Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dijangka melangsungkan perkahwinan pada Oktober depan, tersebar luas di laman sosial terutama Facebook.

Ini berikutan penyebaran surat edaran mengenai mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja, yang diadakan semalam yang turut terbesar di laman sosial.


Bakal isteri dari Gombak

Surat edaran itu turut menyatakan nama bakal isteri baginda, Cik Khaleeda Bustaman berasal dari Gombak, Selangor.


Desas-desus sejak beberapa bulan

Desas-desus mengenai perkahwinan Diraja itu sudah tersebar sejak beberapa bulan lalu tetapi setakat ini tiada pengesahan mengenainya sehingga semalam apabila surat mengenai mesyuarat itu tersebar.

Tunku Ismail, 30, dikatakan mula berkenalan dengan Cik Khaleeda, berusia lingkungan 20-an sejak tahun lalu.


Iringi majlis rasmi dihadiri Sultan Johor

Baginda dikatakan pernah membawa Cik Khaleeda yang masih menuntut di sebuah universiti, dalam majlis rasmi yang turut dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Bagaimanapun Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli yang dihubungi mengenai perkara itu enggan mengulas dan meminta menunggu pengumuman rasmi.

2 comments:

Anonymous said...

carilah yang beriman....

Anonymous said...

iman itu hanya Allah yang tahu!kita sendiri pun tak tahu setakat mana iman kita!

janganlah ujub,takbur dan riak!

tengok ke dalam diri sendiri,tak perlu nak tengok diri orang lain! masing2 ada pencatatnya,raqib dan atid!!!