Monday, 14 July 2014

BUIH-BUIH YANG BERSELERAKAN!!!





Nabi SAW bersabda:



“Akan tiba saatnya di mana kamu akan dikerumuni (diserbu) oleh umat-umat lain (musuh-musuh dari pelbagai sudut) sebagaimana orang-orang yang 

sedang makan menghadapi hidangannya. 


Bertanya salah seorang daripada mereka : 


Adakah kerana bilangan kami pada masa itu sedikit wahai Rasulullah? Jawab Baginda : Bahkan kamu pada hari itu banyak. Tetapi kamu adalah kosong dan hanyut seperti buih-buih. 



Dan Allah akan mencabut daripada musuh-musuh kamu perasaan gerun terhadap kamu, dan Dia menanam (mencampakkan) pula ke dalam hati-hati kamu –penyakit- al-wahn. 



Bertanya salah seorang daripada mereka : 


Wahai Rasulullah apakah al wahn itu? 


Jawab Baginda : 


Cintakan dunia dan bencikan mati.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)



Populasi umat Islam pada hari ini dianggarkan adalah sebanyak 2.1 billion. Akan tetapi lihatlah apa yang berlaku kepada umat Islam hari ini, berpecah-pecah, berpuak dan tidak berganding bahu membantu satu sama lain. 



Lihat sahaja bagaimana umat Islam yang diratah oleh tentera-tentera kafir! Berapa ramai antara kita yang peduli? 



Bahkan kita mendengar ada orang yang berkata, “Yang penting negara kita aman, tak usah peduli tempat lain.” Adakah ini sikap seorang muslim? Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara sebagaimana firman Allah:


Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujuraat 49:10)


Maka sebagai orang islam hendaklah berusaha membantu saudara kita di palestin.Tidak mampu dengan senjata,harta benda,sekurang-kurangnya dengan sembahyang hajat dan doa!!!

Hanya doa senjata yang ampuh dengan bantuan Allah SWT.

1 comment:

Anonymous said...

Berapa ramaikah umat yg sebenarnya masih umat Islam, atau umat Nabi kita Muhammad saw ?
Aku dok baca hadis yg Nabi diperlihatkan akan umatnya, yg di sebelah kiri yg paling bnyk berbanding yg sebelah kanan, sejauh mata memandang. Aku pun takde keje dok kira, sejauh mata memandang tu bnyk mana ? Kat dunia ni yg aku tahu jarak pndgn mata boleh melihat objek yg besar tanpa kabus atau jerebu lbh kurang 20 km. Separuh bulatan 20 km jejari, keluasannya lbh kurang 628 km persegi. Jika satu meter persegi boleh memuatkan 4 org, 628 km persegi boleh memuatkan 628 kali 4 juta org, jumlahnya 2.512 billion manusia. Sepanjang dr mula Nabi saw berdakwah 13 tahun sebelum hijrah hingga tamat umur dunia, Kiamat dunia, entah berapa ribu tahun berapa ramai agaknya jumlah manusia yg ngaku umat Nabi Muhammad saw. Rasanya jumlahnya berbillion billion billion manusia. Jadi berapa ramai pulak dr jumlah itu yg tertolak dr menjadi umat Nabi kita sebenarnya ?
Ada logik ke aku punya kira kira ?