Saturday 5 July 2014

AWIE BAKAL BERDEPAN DENGAN HUKUMAN PENJARA TUJUH TAHUN!!!

Awie Wings tidak mengaku bersalah!!!


Penyanyi kumpulan Wings, Awie,  tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang tadi atas dakwaan memukul isterinya Rozana Misbun.

Awie, yang nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas isterinya.

Dia didakwa melakukan perkara itu  pada 2 Jun lalu di sebuah rumah di Ukay Perdana, Hulu Kelang lebih kurang pukul 1.30 petang.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Awie boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan di denda.- astro


2 comments:

Anonymous said...

Tiga sifat ahli Neraka; kasar, degil dan angkuh. Jauhilah !
Sifat org bertaqwa ; Menahan marah, pemaaf dan suka berbuat baik. Terapkanlah dlm diri, terlebih lg dlm Ramadhan al Mubarak ni.

Anonymous said...

Degil,bodoh lagi sombong...sehuduh-huduh perangai...minta dijauhkan yaa allah.