Friday, 18 July 2014

ADUHAI,MALANGNYA NASIB MALAYSIA!!!

Mayat Dan Serpihan Pesawat Di Merata Tempat!!! 



18 JUL: Mayat-mayat bergelimpangan dengan beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat MH17 terhempas dipercayai ditembak.

Sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.


Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

“Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan,” katanya.

Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam selepas dua jam berlepas daripada negara berkenaan .

Pesawat itu membawa 280 penumpang dan 15 kru berlepas jam 12.15 tengahari waktu tempatan dan dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 6.10 pagi.

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara kira-kira 30 kilometer dari Tamak atau 50 kilometer daripada sempadan Rusia -Ukraine.











Maaf, gambar-gambar yang dikategorikan "NGERI" tidak dikongsikan bagi menghormati mangsa dan keluarga-keluarga mereka. Harap maklum-beliabangkit.

3 comments:

Anonymous said...

Hudud dan hukum Islam dipermainkan. Fitnah menjadi mainan ketawa. Kejadian MH, kemalangan, pembunuhan hampir setiap hari merupakan bala ujian yg bukan perkara biasa sebelum ini.

Akan bertambah malang sekiranya fitnah berterusan.

Anonymous said...

INI TIADA KAITAN DENGAN HUDUD.INI ADALAH UJIAN ALLAH KEPADA RAKYAT MALAYSIA!MUNGKINLAH PEMISAH UKRAINE MARAH KAT MALAYSIA SEBAB TAK JALANKAN HUDUD!

NAMPAKLAH KAFIR RUSIA TU LEBIH BAGUS DARI ISLAM MALAYSIA YANG SENTIASA SORONG TARIK DALAM HUDUD TERUTAMA NYA PAS,SEKEJAP HUDUD,SEKEJAP SENYAP.DEKAT PRU HUDUD BERKUMANDANG LAGI.DASAR MEMPERDAGANGKAN AGAMA! MATI NANTI TAHULAH SIAPA YANG TERSIKSA!!!ANON NI BARUA YANG DIUPAH! SEMUA YANG BERLAKU SALAH KERAJAAN.BAPAK DIA TERSALAH CUCUK MAK DIA DALAM2 SAMPAI LAHIR JADI BENGONG PUN SALAH KERAJAAN!

Anonymous said...

Anon 11.48. Anda boleh terus mainkan hudud. Tunggulah ujian seterusnya..