Monday 21 July 2014

Briged Al Qassam,Berjihad Kerana Allah,Pasti Tentera Malaikat Datang Membantu!!!


Terkini di Gaza.





Situasi di Gaza semakin teruk. PBB sedang mengumpulkan rakyat asing untuk dibawa keluar daripada Gaza.

Kereta kebal Israel sedang menuju ke sempadan Rafah untuk mengepung Gaza daripada semua penjuru.

Gaza memohon kepada Mesir untuk membuka laluan agar dibawa keluar pesakit dan meminta ambulan Mesir datang ke Gaza.

Jumlah syahid meningkat kepada 351 orang dan kecederaan seramai 2,800 orang.

Briged al Qassam tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mengalah. Komando Al Qassam berjaya membunuh 11 orang tentera penjajah IDF semalam. 

6 orang daripada tentera IDF tersebut terbunuh apabila al Qassam meletupkan 3 jeep tentera penjajah. Manakala 5 lagi setelah diserang hendap oleh al Qassam melalui terowong di Selatan Gaza.

Hanya seorang Komando Hamas yang syahid daripada 2 operasi tersebut.

Rejim Zionis Israel telah mengumumkan semalam sebagai Sabtu Hitam bagi Israel.

Hari ini pula, al Qassam berjaya membunuh 14 orang tentera IDF.

Kini, rejim Zionis semakin mengganas membunuh masyarakat awam bagi mempastikan cita-cita jahat mereka.
Doakan untuk Gaza dan umat sejagat.

5 comments:

Anonymous said...

Berjihad kerana Allah. Berjuang kerana Allah. Jika kalah, tetap menang di akhirat.

Bukan berjuang kerana bangsa... Jika kalah, fulush tak masuk. Nilai perjuangan itu pula di akhirat adalah zero.

Anonymous said...

anon 21 July 2014 10:56

ada lagi... Bukan berjuang dengan kafir DAPigs yang jelas menentang Islam .... Bukan Berjuang bersama PUAK yang menentang Perpaduan sesama Islam dan banyak lagiii ..... JIKA Kalah Islam kemana, Agama tergadai..

Anonymous said...

yang bercakap seolah-olah dia islam sangat tu sebenarnya hanya nak menunjukkan dia islam sangat.orang lain sesat semua! inilah perangai khawarij! sebab itu lah allah tak berikan kemenangan pun kepada puak ni!akidah pun tersasar nak mengaku islam sangat!

Anonymous said...

Pengikut Islam peringkat awal pun susah nak percaya Islam akan kalahkan Parsi. Tapi bila Nabi yg. kata, mereka percaya.

Pengikut Islam sebenar ada yg susah nak percaya Islam sebenar akan berjaya akhirnya sebelum akhirat.......

Dengan teknologi Yahudi dan kuncu2nya. Dengan pemerintah Islam yang korup dan zalim dengan pihak berkuasanya.... boleh ke Islam naik????


Tapi bila Nabi dan Al Quran kata, pengikut Islam percaya.

Alahai orang Islam yg masih belum tetap imannya...

Anonymous said...

Ya allah,
engkau selamatkanlah dan engkau bantulah sekalaian sudaraku yang sedang dalam kesusahan walau disegenap mana penjuru alam pun mereka berada...
Ya allah..cukuplah hanya engkau bagi kami...