Thursday, 24 July 2014
AL QASSAM YAKIN DENGAN JANJI-JANJI ALLAH!!!
“Sesungguhnya Aku akan mendatangkan kepadamu bala tentera bantuan dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan bala tentera malaikat itu) melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram keranaNya. Dan kemenangan itu hanya dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa Maha Perkasa." (Surah An Anfal, ayat 9-10)
Suasana pengebumian tentera rejim Zionis.
Tentera Israel kepada wartawan;
"Kami seakan berlawan dengan hantu,
bunyi tembakan lebat menyerang
kami tetapi kami tidak tahu dari mana
ia datang.."
Sumber;
GazaNow
AL QASSAM YAKIN DENGAN JANJI ALLAH!
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku... (**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)
[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.
Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YANG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
Tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang-pejuang Islam yang benar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
the coward big bullie get back what they done...what a shame on u
Post a Comment