Monday 1 September 2014

Negara Memang Memerlukan ISA Kembali Untuk Mendidik Rakyat!!!






Ramai yang menyambut baik langkah berani yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Negara dalam isu PPS setelah Ketua Menteri P.Panang itu mengisytiharkan PERANG HABIS-HABISAN terhadap PDRM dua malam sudah. 

Tanpa banyak retorik walaupun bakal berhadapan dengan KERENAH LUAR BIASA PEJABAT PEGUAM NEGARA, hari ini, PDRM mengambil tindakan drastik apabila menahan anggota2 PPS yang berbaris di hadapan Ketua Menteri itu sempena perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang.


Malam tadi, Ketua Menteri P.Pinang yang telah sedia maklum dengan tindakan yang bakal diambil oleh PDRM, menghasut anggota-anggota PPS agar tidak takut dan tunduk kepada undang2. 

Sebaliknya beliau berjanji, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, dia akan menggunakan peruntukan serta wang rakyat Pulau Pinang untuk membela setiap orang anggota PPS yang ditahan oleh polis.

Ketua Polis Negara telah mengeluarkan arahan terbaru kepada anggota2 PPS yang masih lagi bebas, SERAH DIRI atau RUMAH MEREKA AKAN DISERBU.

Kenyataan terbaru KPN itu akan menyemarakkan lagi kemarahan parti politik Ketua Menteri itu. Sekaligus akan membuatkan beliau dan partinya melakukan provokasi serta mencipta pelbagai alasan untuk menentang dan memburuk2kan PDRM.

Di laman Twitter dan Facebook, para pemimpin dan penyokong2 parti itu sudah pun memulakan gerakan berkenaan selain mempersoalkan kuasa PDRM menahan anggota2 PPS yang disifatkan sebagai membantu pihak polis menjaga keamanan di Pulau Pinang.

Apalah cara yang kita ada lagi untuk mendisiplinkan puak2 ini untuk memelihara keamanan serta kestabilan negara bangsa kalau bukan ISA? 

Mana dia Akta Keharmonian Rakyat yang dilaung2kan selama ini kononnya mampu menjadikan kehidupan rakyat penuh harmoni?

2 comments:

Anonymous said...

ISU NI, SEBAIK2NYA KITA RAMAI2 MINTA PM NAJIB JAWAB...SEBAB DEK KERANA KEBAHALOLAN DIA NEGARA BOLEH JADI HURUHARA

Anonymous said...

setuju " ISA " di kembalikan demi menjaga kemerdekaan...