Monday, 1 September 2014

TITAH TUANKU DI JUNJUNG!

DAULAT TUANKU !!!


Krisis perebutan jawatan MB Selangor menyerlahkan kebijaksanaan, 
kearifan dan kedaulatan Baginda Tuanku Sultan Selangor! 
Daulat Tuanku!

Dalam kemelut jawatan MB Selangor yang 
dicipta Anwar, satu persoalan besar yang dicetuskan 
ialah kuasa Baginda Tuanku Sultan Selangor dalam 
menentukan siapa yang akan menjadi MB.

Ada pihak yang mempertikaikan kuasa ini, 
konon tidak demokratik. Kononnya rakyat 
telah membuat pilihan melalui peti undi 
untuk pembangkang DAP-PKR-PAS menjadi 
Kerajaan, jadi patutnya terpulang kepada 
parti DAP-PKR-PAS untuk menentukan 
siapa yang jadi MB.

Mereka dakwa tugas Tuanku hanya sahkan 
sahaja- cakap kasarnya mereka mahu 
Tuanku sekadar menjadi royal rubber-stamp 
sahaja.

Malah ada yang lebih biaDap dan kurang 
ajar mempertikai kuasa mutlak Tuanku 
untuk menentukan siapa yang layak 
menjadi MB, dengan mencadangkan 
kuasa itu dihapuskan! 

Malah mendabik dada konon pakatan 
DAP-PKR-PAS ada dua-pertiga majoriti 
dalam DUN dan berkuasa melucutkan 
kuasa Tuanku itu bila-bila masa!

Memang sejak terhapusnya Akta Keselamatan 
Dalam Negeri atau ISA ini sifat kehaiwanan 
dan kebinatangan para cauvinis, extremis 
dan parasit makin  bertambah-tambah!



Golongan pelampau dan extremis ini bukan 
sahaja biaDap dan kurang ajar, mereka 
adalah pengkhianat dan penderahaka yang 
layak dikenakan hukuman yang keras dan 
tegas! Mereka adalah golongan yang buta 
sejarah! Sejarah negara ini!


Sebelum 1957, negara ini dikenali sebagai Persekutuan 
Tanah Melayu. Iaitu  gabungan sembilan buah negeri 
Melayu yang diperintah oleh Raja-Raja Melayu yang 
berkuasa mutlak didalam negeri masing-masing. 

Negeri-negeri tersebut ialah Kedah (dan Pulau Pinang 
adalah sebahagian daripada Kedah), Perak, Selangor, 
Negeri Sembilan, Melaka, Johor-Riau, Pahang, Terengganu 
dan Kelantan (yang termasuk Selatan Siam).

Tuanku Raja-Raja Melayu adalah Kerajaan 
yang memerintah - sebab itu kita panggil keRAJAan 
- ianya duduk dibawah Raja-Raja Melayu. Raja-Raja 
Melayu itulah kerajaan. 

Bukan sahaja Kerajaan, malah semua tanah adalah 
milik mutlak Tuanku Raja-Raja Melayu; dan Bagindalah 
yang akan memberi kurnia tanah, kedudukan dan darjat 
kepada siapa sahaja yang Tuanku perkenan.

Sebab itu Perjanjian Kemerdekaan ditandatangani oleh 
penjajah British dengan kesemua dan tiap seorang 
Raja-Raja Melayu. 

Sebabnya jelas. Kerana negeri-negeri Melayu 
ini adalah milik dan duduk dibawah pemerintahan 
Raja-Raja Melayu. Jika salah seorang tidak tandatangan 
dan bersetuju, Perjanjian itu tidak ada kesan! Begitu 
kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu pada 
masa itu.

Sebab itu gabungan kesemua negeri-negeri 
Melayu ini dipanggil Persekutuan Tanah 
Melayu - gabungan negeri-negeri Melayu 
yang dperintah secara mutlak oleh Raja-
Raja Melayu ditanah takluk dan jajahan 
masing-masing.

Sebab itu bila rundingan dengan penjajah 
British dibuat, kedaulatan, kekuasaan dan 
kedudukan Raja-Raja Melayu ini dipastikan 
terus ada kesinambungan (selain kedudukan 
agama Islam dan orang Melayu).

Sebab itu uniknya Malaysia ini sehingga 
hari ini mempunyai sembilan orang Raja 
yang masih berkuasa dalam negeri masing-
masing; dengan wakil Kebawah Duli Raja-
Raja Melayu duduk bersemayam di 
peringkat Persekutuan mengambil 
gelaran DULI YANG MAHA MULIA SERI 
PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN 
AGONG.

Sebab itu sistem perundangan Malaysia ini 
unik, dimana peranan Tuanku Raja-Raja 
Melayu masih dikekalkan - bukan sekadar 
simbolik atau ceremonial sahaja. 

Tuanku Raja-Raja Melayu dikekalkan 
kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan 
mereka, terutama dalam soal pemerintahan, 
hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.

Kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan 
Raja-Raja Melayu adalah real - mutlak. 

Ini membawa kita kepada persoalan 
perlantikan Menteri Besar.

Apa yang berlaku sebelum tertubuhnya 
Persekutuan Tanah Melayu ini ialah 
Menteri Besar dilantik oleh Tuanku 
Sultan yang memerintah secara 
langsung. 

Baginda yang memilih siapa sahaja 
dikalangan rakyat jelata untuk menjadi 
Datuk Menteri Besar - dahulu dikenali 
sebagai Datuk Bendahara.

Walaupun kita telah memilih menerima 
pakai sistem demokrasi, dimana rakyat 
boleh memilih wakil mereka yang dipanggil 
wakil rakyat - namun dalam penentuan siapa 
yang akan mengetuai Kerajaan sebagai 
Datuk Bendahara atau Datuk Menteri Besar 
tetap terletak ditangan Baginda Tuanku 
Sultan secara mutlak.

Cuma bezanya kalau dahulu Tuanku boleh 
memilih siapa sahaja dikalangan rakyat 
untuk menjadi Datuk Bendahara, kini 
Tuanku mesti memilih daripada kalangan 
wakil rakyat - Ahli Dewan Undangan Negeri - 
yang pada pandangan Tuanku mendapat 
sokongan majoriti ADUN - dengan syarat 
calon itu mestilah berbangsa Melayu dan 
beragama Islam.

Bermakna kuasa mutlak melantik Datuk Bendahara - 
kini dikenali sebagai Datuk Menteri Besar - masih kekal 
ditangan Tuanku Sultan, cuma bezanya pool calon 
yang layak hanya dikalangan ADUN yang memenuhi 
syarat berikut:



1. mesti mendapat sokongan majoriti ADUN;
2. mesti berbangsa Melayu;

3. mesti beragama Islam.



Jika memenuhi tiga syarat diatas, maka 
Baginda Tuanku Sultan yang mempunyai 
kuasa mutlak memilih siapa diantara mereka 
yang layak dilantik sebagai Datuk Menteri 
Besar.


Oleh itu, pihak yang mempertikaikan kuasa 
Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan 
siapa yang layak dilantik menjadi Datuk 
Menteri Besar bukan sahaja biaDap, kurang 
ajar dan buta sejarah; malah mereka tidak 
memahami peruntukkan undang-undang 
tubuh dan Perlembagaan Negeri Selangor 
serta kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan 
Tuanku Sultan.

Oleh itu, pendirian dan tindakan segelintir 
dikalangan mereka yang bukan sahaja 
mempersoalkan kuasa Tuanku, malah 
mendesak supaya kuasa Tuanku 
dihapuskan atau dihadkan setakat 
menjadi royal rubber-stamp adalah satu 
tindakan pengkhianatan dan penderhakaan 
yang wajib dikenakan tindakan tegas 
dengan hukuman yang keras!

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! 
DAULAT TUANKU! 

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin

No comments: