Tahniah diucapkan kepada calon BN , Datuk Mah yang memenangi PRK Teluk Intan walau dalam jumlah majoriti yang tipis. Ramai yang pada mulanya tidak menyangka bahawa BN mampu merampas kembali kerusi parlimen Teluk Intan apabila populariti calon DAP, Dyana Sofea mengatasi calon BN, Datuk Mah terutama di media sosial.
Namun sebagai anak tempatan Teluk Intan beserta kerja keras jentera BN, Datuk Mah walaupun tidak popular di media rupanya berjaya mendapat kepercayaan lebih dari separuh pengundi yang mengundi hari ini.
Selain itu juga dipercayai faktor pengundi PAS yang memboikot Dyana juga antara penyumbang kepada kemenangan BN di Teluk Intan hari ini. Maklumat dari seorang rakan yang bertugas di Teluk Intan mengatakan bahawa ada di kalangan penyokong PAS yang tidak senang dengan kenyataan Dyana mengenai hudud.
Dyana salah percaturan apabila menyangkakan pemimpin PAS yang membantu beliau semasa kempen dapat memujuk ahli-ahli PAS yang protes ini.
Khabarnya sebahagian dari mereka samada akan membuat undi rosak atau tidak datang mengundi.
Hal ini ternyata benar apabila terdapat banyak undi rosak semasa pengiraan undi dilakukan. Ternyata strategi Kit Siang menggunakan faktor Dyana sebagai calon melayu untuk mendapatkan lebih banyak undi Melayu gagal.
Malah kalau dilihat dari keputusan, ramai pengundi melayu yang 'lari'dari Dyana. Tak cukup dengan itu, Dyana walaupun dicanang oleh DAP sebagai calon yang mesra kepada semua bangsa juga gagal mendapat sokongan pengundi cina.
Melalui kenyataan Guan Eng yang dipetik dari Malaysiakini, beliau berkata mungkin disebabkan Dyana berbangsa melayu maka gagal dapat sokongan orang cina.
Jadi adakah dengan kenyataan Guan Eng ini secara tak langsung mahu mengatakan pengundi cina adalah rasis kerana hanya memilih dari kaum mereka?
Kenyataan berkenaan sepatutnya tidak dikeluarkan oleh Guan Eng kerana selama ini menjaja satu Malaysia mengatakan DAP bukan parti perkauman, namun apabila kemenangan tidak berpihak kepada mereka maka sikap rasis mereka terserlah walau cuba disembunyi pada awalnya.
Mengimbau sehari sebelum pengundian, pentas ceramah DAP dipenuhi berpuluh ribu penyokong (ada kata cecah 20,000), kehadiran yang ramai ini dijadikan modal untuk mengutuk BN yg mana pentas ceramah BN tak dapat sambutan.
Ini disiarkan dalam laman twitterLim Guan Eng. Jadi bila keluar keputusan hari ini terbukti yang datang semalam kebanyakannya adalah orang luar yang menyibuk.
No comments:
Post a Comment