Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang- orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?
Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12)
Untuk menghadapi mereka yang memerangi umat Islam, Allah S.W.T. berfirman: “Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (memusuhi kamu), maka tidak ada lagi permusuhan, kecuali terhadap orang-orang yang zalim. (Q.S. al-Baqarah: 193)
Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah), Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Muhammad Rasulallah dan orang yang bersama dengannya, bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (ummat Islam).” (Q.S. al-Fath: 29).
Allah S.W.T. mengingatkan ummat Islam dalam firmannya yang bermaksud: “ Wahai orang-orang beriman! Janganlah kaum lelaki menghinakan kaum lelaki yang lain, karena boleh jadi yang dihinakan itu lebih baik daripada orang yang menghina.
Dan janganlah kaum wanita menghina wanita yang lain, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain.
Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik setelah beriman. Sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.” (Q.S. al-Hujurat: 11)
Allah S.W.T. mengingatkan kita, sesungguhnya orang- orang yang beriman itu adalah bersaudara sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “ Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat.” (Q.S. al-Hujurat: 10)
Dari Abi Ayyub ia berkata, Rasulallah S.A.W. berfsabda: “Wahai Abi Ayyub, mahukah kamu kuberitahukan sesuatu sedekah yang amat disenangi oleh Allah dan RasulNya? Abi Ayyub menjawab, mahu ya Rasulallah. Lalu Rasulallah S.A.W. bersabda lagi: “Mendamaikan manusia yang saling bermusuhan dan saling memarahi.” (H.R.al-Tabrani)
Allah S.W.T. telah mengingatkan kita umat Islam, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “ Janganlah kamu serupa dengan orang yang telah berpecah belah dan berselisih paham, sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata dan mereka akan memperoleh azab yang besar.” (Q.S. Ali-‘Imran: 105)
Allah berfirman yang bermaksud: ”Sesungguhnya orang yang berpecah belah sehingga menjadikan mereka golongan-golongan yang berpisah-pisah, maka engkau bukanlah dari golongangan mereka sedikit juapun.” (Q.S. al-An’am: 159)
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “ Bepegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu (sehingga kamu bersatu padu) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripada jurang neraka itu. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk.” (Q.S. Ali-‘Imran: 103)
5 comments:
Ikut Quran Hadis, selesai masalah, aman dunia, tenang bahagia hidup, mati selamat, Akhirat ke Syurga.
Masalah paling besar umat Islam hari ni, jenis ikut sekerat sekerat, tu yg bnyk masalah tak selesai selesai.
Bab perpaduan, buka Al Quran dan Hadis.
Bab SEKAT peruntukan terus ke kerajaan negeri Pakatan nak buka Al Quran dan Hadis bahagian mana?
Bab SEKAT bantuan ke ahli Pakatan nak buka Al Quran dan Hadis bahagian mana?
Bab fitnah Pakatan nak buka Al Quran dan Hadis bahagian mana.
Bab kayakan anak beranak dan kroni sampai jadi antara terkaya di negara nak buka Al Quran dan Hadis bahagian mana.
Bab lulus judi dgn arak. Ada share skali nak buka Al Quran dan Hadis bahagian mana?
Bab berjoget berhibur dengan artis yg tak sesuai Islam nak buka Al Quran dan Hadis bahagian mana?
Bab siar cerita maksiat dan kartun Yahudi kat TV tiap2 hari nak buka Al Quran dan Hadis bahagian mana?
Bab tak buat undang2 Islam nak buka Al Quran dan Hadis bahagian mana?
JAWAPAN BEGINILAH YANG TIDAK AKAN DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH!BODOH YANG TERERLAH!KAN TELAH DINYATAKAN KEMBALI KEPADA QUR'AN DAN HADIS!
MAKA SEMUA ITU AKAN DIHENTIKAN STELAH KEMBALI KEPADA AL QUR'AN DAN HADIS! BAB2 YANG DINYATAKAN ITU DILAKUKAN OLEH KEDUA-DUA PIHAK.JANGANLAH MENGADA2 MENUDUH ORANG LAIN! NAM PUN MANUSIA!
ANON DI ATAS SEKALI TU BUKAN KAH BURUNG TIUNG YANG SELALU KOMEN PADA NADA YANG SERUPA? RASA-RASANYA YE!
BIASALAH BURUNG TIUNG,MANA DIA FAHAM APA YANG DIA CAKAP!
Yg diperbohkan oleh UMNO masih tak sedar2 lg.tunggu aje la bala GST dan petrol naik lg..
Post a Comment