Wednesday 18 June 2014

MCA Desak Najib Gugur Jamil Khir..

MCA Desak Najib Gugur Jamil Khir.. Beranikah Najib??


KUALA LUMPUR: MCA mendesak Perdana Menteri Datuk
 Seri Najib Razak menggugurkan Datuk Seri Jamil Khir 
Baharom daripada jawatan Menteri di Jabatan Perdana 
Menteri kerana cuba memutarbelitkan fakta dengan 
mengatakan Malaysia bukanlah sebuah negara sekular. 

Pengerusi Jawatankuasa Khas Syariah Undang-Undang 
dan Dasar Pelaksanaan MCA Gan Ping Sieu berkata, 
Jamil Khir sebagai salah seorang pemimpin kerajaan 
sewajarnya mengetahui fakta sebenar sejarah penubuhan 
Malaysia pada tahun 1963 mengenai status negara 
sekular di negara ini, lapor portal Rakyat News. 

Beliau menambah, pihaknya memandang berat jawapan 
Jamil Khir itu yang telah mengatakan bahawa 'Malaysia 
bukan sebuah negara sekular'.

"Jika Jamil Khir mahu putarbelit fakta sejarah, beliau 
dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak berintegriti 
dan jujur," katanya kepada Rakyat News ketika ditemui 
di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau turut mendesak Jamil Khir menghentikan serta 
merta berhubung status negara Islam yang cuba 
dipertahankan beliau.

Jamil dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli 
Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Dewan Rakyat 
semalam menyatakan Malaysia bukan sebuah negara 
sekular berdasarkan fakta sejarah penubuhan negara 
ini yang berasaskan kepada Kerajaan Islam Kesultanan 
Melayu dan Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua 
Agama Islam bagi negeri masing-masing.

Menurutnya, perkara itu diperkukuhkan melalui Perkara 
3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas mengatakan 
agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama 
lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan. 

-HARAKAHDAILY 

KD: 

MCA BUTA SEJARAH.MAKNA SEKULAR PUN TAK 
FAHAM.DARIPADA NAJIB GUGURKAN JAMIL KHIR
LEBIH BAIK GUGURKAN MCA DARIPADA BN.
ADA TAK MENAMBAH,TIADA TAK MENGURANG! 

PARTI DAH NAK MAMPUS MASIH NAK BERLAGAK!!!
LEBIH BAIK MCA PULIHKAN SEMULA PARTINYA YANG
MEMANG DAH TAK BOLEH NAK PULIHKAN LAGI!!!

2 comments:

Anonymous said...

Mana satu Najib nak ikut. Parti cina atau pengikut yg sentiasa dahagakan brimmm?

Atau dua2 skali. Layan mcaa. Lps tu up sikit brimm. Senyap.....Selesai.

Anonymous said...

ikut awak lah!gerenti masuk syurga!