Saturday 14 June 2014

CINTA BERTAUT CUMBUAN MAUT!!!


Asyik Beromen Di Balkoni Apartment, 
Sepasang Kekasih Terjatuh Dan Mati!!!


 Foto: Mirror


Sepasang kekasih, Anastasia Tutik, 19, dari Rusia dan Miguel, 18 dari Mexico terjatuh dari balkoni tingkat enam apartment di London. Diduga, keduanya sedang asyik bercumbu sebelum akhirnya jatuh dan maut.


Samson Oguntayo, 32, yang tinggal di blok bersebelahan berkata, "Mereka cuba melakukan hubungan seks di balkoni. Lelaki itu mengangkat gadis itu dan meletakkannya di atas  balkoni, ia terus melakukannya. Tak disangka mereka terjatuh".


Ibu bapa Tutik di Rusia terkejut ketika diberitahu berita duka ini. Begitu juga ibu bapa Miguel, yang tinggal di Monterrey, Mexico.


Tragedi itu berlaku di sebuah blok pangsapuri di tepi Sungai Thames, di Deptford, selatan timur London.


Selain mangsa, ada lima orang lainnya ketika itu sedang berpesta di apartment tersebut.


Sejauh ini, polis belum menemui adanya unsur kesengajaan dalam insiden tersebut. Namun, mereka masih terus melakukan siasatan atas kes ini. - Mirror

No comments: