Monday 16 June 2014

KELICIKAN PAS DI DEPAN ALLAH SWT!!!




Sebelum ini pemimpin UMNO telah di Kafirkan pemimpin PAS kerana tidak dapat melaksanakan Hudud di Malaysia walau pun pada dasarnya pemimpin UMNO tidak pernah menolak Hudud dan hanya tidak berkemampuan melaksanakannya sahaja.


Menyentuh sedikit tentang Usul Pembentangan Hudud yang hendak di laksanakan di Kelantan dan ianya di tentang oleh Dyana Sofya agar semua akan sedar sandiwara yang di mainkan PAS dalam isu Hudud.


Dalam isu Hudud yang hendak di laksanakan Kelantan, UMNO dengan terang menyatakan pendirian akan memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbirkan PAS. Pemimpin UMNO di Parlimen akan memberi sokongan kepada Kelantan didalam membentangkan Usul Hudud di Parlimen walaupun rakan-rakan UMNO dalam BN menyatakan akan menolak usul tersebut sepertimana rakan-rakan PAS dalam PR.


UMNO mencadangkan agar diwujudkan Jawatankuasa Teknikal Hudud sebelum ianya di usulkan didalam Parlimen agar ianya tidak bercanggah dengan Hudud sebenar. 



Pada awalnya PAS bersetuju pada cadangan tersebut, tetapi dari maklumat dalaman yang perolehi ada tentangan dari pihak dalaman PAS dari team bukan Ulama dan akhirnya PAS membuat keputusan menarik balik keputusan membentangkan Hudud yang hendak di laksanakan di Kelantan.



Untuk melihatkan PAS tidak bersalah dalam keengganan membentangkan Hudud di Parlimen, PAS memutar belit dengan menyerahkan bulat-bulat kepada Jawatankuasa Teknikal untuk uruskan semuanya.

Bagi orang yang mudah percayakan putar belit PAS pastinya akan meletakkan kesalahan kepada Jawatankuasa Teknikal yang diwujudkan dan akhirnya akan terpalit kesalahan kepada UMNO yang wakilnya turut berada dalam Jawatankuasa tersebut sekiranya Hudud gagal dilaksanakan di Kelantan. 


Untuk pengetahuan semua bahawa satu jawatankuasa yang dibentuk tidak mempunyai kelayakan untuk membentangkan sesuatu usul di Parlimen kerana jawatankuasa yang dibentuk bukannya berstatus wakil rakyat yang mempunyai kelayakan membentangkan usul.


 Wakil rakyat yang berada didalam jawatankuasa yang akan membentangkan usul setelah selesai diperincikan sesuatu permasalahan. Dalam hal PAS menarik diri dari berada dalam Jawatankuasa Teknikal Hudud dan menyerah bulat-bulat kepada jawatankuasa ternyata PAS cuba lari dari dipersalahkan kerana melihat agak sukar untuk melaksanakan hudud kerana mendapat tentangan. 


Ternyata Pas begitu licik dalam mempolitikkan hudud! 


Mungkin lah Pas pun boleh licik di depan Allah!!! 


Buatlah baik,kalau boleh tambah-tambahkan lagi kebaikan itu.Buatlah jahat,kalau boleh tambah-tambahkan lagi kejahatan itu.tetapi adakah aku hanya melihat sahaja???Itulah janji-janji Allah!!!




No comments: