Saturday, 7 June 2014

PELAJAR PEREMPUAN DAH PANDAI JADI SAMSENG???

PELAJAR PEREMPUAN BERGADUH SALAH SIAPA ?



Kini tersebar pula sebuah video yang 

membabitkan 2 orang pelajar perempuan 

di laman sosial.


Sebelum ini telah tersebarnya sebuah 
video yang melibatkan dua orang pelajar 
perempuan sekolah menengah bergaduh 
di luar perkarangan sekolah.


Kejadian itu dipercayai berlaku di 
Terengganu berdasarkan bahasa yang 
digunakan oleh dua pelajar perempuan 
terbabit.


Di dalam kes sebelum ini, video kes buli 
pelajar perempuan di Sekolah Menengah 
Kota Samarahan Sarawak tersebar telah 
menjadi viral di mana rakaman berdurasi 
1 minit 16 saat yang memaparkan aksi 
sekumpulan pelajar wanita membuli dan 
memukul seorang pelajar lain tanpa belas 
kasihan. 


Kejadian tersebut berlaku pada 25 April 
2014 di sebuah sekolah di daerah Kota 
Samarahan, Sarawak. Pihak polis telah 
menerima laporan berkaitan kejadian 
tersebut pada 25 Mei 2014 dan siasatan 
serta tindakan susulan sedang dijalankan. 


Apa yang sedang berlaku sebenarnya ?


Adakah semua yang berlaku ini berpunca 
daripada perlakuan anak-anak pelajar itu 
sendiri atau ada pihak yang lepas tangan 
sehingga mereka tidak lagi berpegang 
kepada kesepakatan sesama sendiri.


Mana perginya pembangunan insan dan 
didikan akhlak yang seharusnya menjadi 
sebahagian daripada tanggungjawab 
pihak-pihak yang di amanahkan ?


Salah pelajar ? Salah keluarga ? 
Salah guru ? Atau salah mereka-
mereka di Kementerian ?

No comments: