Thursday, 19 June 2014

UMAT ISLAM PERLU SEDAR DIRI SEBELUM TENGGELAM!!!

Punca Kristian semakin aktif dan 

sebab sebab kenapa Agama 

Islam semakin lemah di Malaysia?

Ihsan dari FB Aaron Aziz

Hakikat hari ini! Gereja Kristian ikhlas menyebarkan kefahaman 
karut mereka tetapi Ulamak Islam ramai yang memiliki EGO GILA 
BABUN dan kelakuan sombong dan bongkak mereka ini membawa 
kepada keadaan diri mereka menjauhi Ummah! 

Dah lama saya dok tegor perkara ini bahawa segala Mufti dan 
Ketua Jabatan Agama kena turun ke khalayak orang ramai 
mengajar tentang Islam sebenar TETAPI MEREKA SIBUK 
MENGAMPU PEMERINTAH yang berterusan alpa dengan tugas 
dan tanggung jawab mereka! 

Ramai di kalangan Khatib membaca teks khutbah yang di sediakan 
kerajaan! Berkhutbah dengan nada suara marah marah dan 
mengherdik jamaah bukan meraikan kehadiran mereka ke masjid-
masjid Allah.

AJK Masjid berlagak seolah mereka tuanpunya rumah2 Allah dan 
membuatkan orang ramai menjauhi masjid! Ini lah punca kelemahan 
umat Islam hari ini di Malaysia.

Ini adalah di antara punca mengapa umat Islam hadir ke masjid 
secara terpaksa kerana barang siapa yang gagal hadir ke Solat 
Jumaat tiga kali berturut turut di anggap telah terbatal syahadah
nya.


Bila ketua ketua Agama Islam gagal menjalankan tanggungjawab 
mereka maka nya ummah yang dahagakan kepimpinan Islam 
mudah di pengaruhi mereka yang berkepentingan politik dan 
mahukan kuasa.


Matlamat menghalalkan cara!

Demi kedudukan sementara di dunia ini, ramai di kalangan ahli ahli 
politik UMNO, PAS dan PKR berjuang untuk memajukan diri sendiri.

Mereka lebih gemar bergaduh sesama sendiri dari bergabung tenaga 
dan kuasa untuk memperjuang dan mempertahankan Islam. Mana 
pernah ketiga kelompok ini bersatu mempertahankan Islam? 

PAS dengan PKR sanggup bersekongkol dengan musuh musuh 
Islam seperti DAP untuk menjahanamkan UMNO!

Bukannya mereka mahu nak duduk semeja tegur menegur 
nasihat menasihati demi kebaikan bersama. Jadi masaalah 
masaalah begini masih berterusan dan keutuhan ummah 
semakin hari semakin lemah.

Pihak pihak Kristian dan LGBT tahu akan kelemahan ini dan 
mereka terus masuk mengambil kesempatan menyebarkan 
doktrin mereka di kalangan Melayu Muslim yang tengah keliru 
dan dahagakan kasih sayang.

Sungguh! Orang kita ketandusan perhatian dan kasih sayang dari 
para ketua dan pemimpin pemimpin negara yang selalunya tak 
ambil peduli akan keperluan emosi dan rohani ini. Kristian 
menggunakan kaedah menabur budi bersulamkan kasih 
sayang bagi memikat hati golongan yang memerlukan ini.

Kita sering membaca tentang anak anak muda dan remaja yang 
menjadi mangsa salah laku seksual kerana cepat percaya dan 
yakin dengan sesiapa sahaja yang menggunakan laman Facebook 
dan media sosial lain untuk menjalinkan perhubungan dengan 
mereka ini yang ketandusan perhatian dari ibubapa serta ahli 
keluarga mereka.


Maka pemangsa pemangsa ini yang sudah lama menjalankan 
kegiatan begini mudah mempengaruhi jiwa jiwa lara ini dan 
mengajak si mangsa keluar. 

Nak makan minum dan berjalan jalan. Silap haribulan kena 
ngap dan di kerjakan bergilir gilir. Esok keluar kat surat khabar 
dan media maya. Ini realiti.

Walau di Negeri Kelantan yang di gelarkan sebagai 'Serambi 
Mekah' dan sudah di bawah perintah PAS serta Mursyidul Am 
mereka Nik Aziz, kita selalu dengar akan nasib budak budak 
perempuan Melayu di sana yang menjadi ratahan musang-
musang berjanggut! 

Takkan lupa dengan kes rogol bergilir gilir terkini di sana? 
Bukan budak Cina! Bukan India! Melayu juga!

Semua ini berpunca dari kesilapan orang orang Melayu 
terutamapihak pihak berkuasa agama dan kerajaan. Bila 
pihak berkuasa tak ambil pot tentang keperluan keperluan 
emosi dan rohani masyarakat umum maka ini lah natijahnya!

Masaalah ini semakin meruncing dengan ada nya ahli politik 
seperti Nurul Izzah dari PKR tumpang sekaki mengeluarkan 
pendapat merapu nya :


Nurul Izzah mungkin terbawa bawa dengan semangat 
mahu sehati sejiwa dengan rakan rakan Pakatan 
Pembangkang nya sehingga terkeliru akan hakikat bahawa 
bila seseorang itu sudah mengucap dua kalimah syahadah 
dan mengaku beriman terhadap Allahu Rabbul Alamin tak 
adanya ruang untuk ia bertukar akidah pergi menyembah 
sesuatu selain dari Allah!

Islam bukan lah sesuatu serupa menjadi ahli kelab riadah. 
Boleh nak tukar tukar keahlian mengikut sesuka hati!

Nurul Izzah perlu mendalami lagi ajaran Islam sebenar 
terutamanya bab Tauhid! Mari lah kita mendoakan nya agar 
mendapat Taufik dan Hidayah Allah! 

Amin Ya Rahman! Amin Ya Rahim!

Realiti nya sudah ada beberapa kes dimana anak anak 
muda Melayu yang lemah iman sudah murtad dari 
Ad Deenul Islam! 

Di bawah ini saya paparkan satu 'screenshot' perbincangan 
di Facebook di antara seorang ibu yang merayu anak nya 
untuk kembali ke pangkal jalan tetapi anak nya degil tetap 
mahu tinggalkan Islam!


Saya dapat imej ini dari carian Google. Nurul Izzah 
patut muhasabah diri nya melihat kes ini. Apakah ini 
yang Dia mahu?

Umat Islam Malaysia harus juga sedar akan bahaya 
kefahaman pluralisma yang di bawa oleh anasir anasir 
luar seperti pelakon Hindi ini:


Kesan dari pemujaan terhadap para selebriti seperti aktor 
Bollywood Shahrukh Khan yang syirik terhadap Allah secara 
terang terangan harus di cantas segera dengan menyebar
luaskan pendedahan ini! 

Seorang lagi pelakon Bollywood Salman Khan telah di rakam 
turut ikut serta didalam pemujaan dewa tokong Hindu dan 
telah di fatwakan sebagai murtad oleh pihak berkuasa Agama 
Islam di India:

Kita harus mengimbas kembali akan realiti yang sedang kita 
hadapi sekarang.

Pihak pihak yang menunggu untuk mengambil kesempatan 
ke atas umat Islam ini tak akan membuang masa! Setiap 
ketamadunan yang terbilang di zaman dahulu tumbang 
kerana perhubungan di antara pihak kerajaan 
dan rakyat jelata semakin renggang.

Pihak yang konon nya mewakili hal ehwal Islam di dalam 
negara kita ternyata sudah jauh dari masyarakat umum 
Muslim Malaysia. 

Keangkuhan sesetengah dari kalangan bijak pandai ulamak 
Islam didalam negara kita membawa kepada penjauhan umat 
Islam dari panduan dan bimbingan mereka.

Bagaikan bebiri yang terpisah dari kumpulan nya, mudah 
menjadi mangsa serigala serigala di luar sana yang hanya 
menunggu untuk membaham mangsa nya!

Siapa nak tolong?

Pihak berkuasa Agama Islam Malaysia elok lah sedar diri dan 
lakukan sesuatu bagi menyekat kerapuhan akidah yang sedang 
berlaku sekarang dan jangan berterusan dengan budaya kerja 
sambil lewa seperti biasa.-mahaguru58.

No comments: