Monday 23 June 2014

PAS DAH JADI KEMBAR MAOIST NEPAL!!!

KAMI TABIK PADA PAS PASAL NI!!




Kami rakyat Selangor amat berbangga dengan keberanian empat ahli parlimen PAS untuk menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.. 


Ulang sekali lagi...EMPAT AHLI PARLIMEN PAS...bukan DAP atau PKR..tapi PAS!!!


Kami amat kagum dengan keberanian empat ahli parlimen PAS ini..


Kami juga berharap agar semua ahli-ahli parlimen PAS menuntut agar dihapuskan kuasa-kuasa eksekutif bagi semua Majlis-majlis Agama Islam di semua negeri-negeri di Malaysia..


Nanti kami undi PAS bagi menang di PRU 14..Takbirrr!!-ikrarpemuda.



Hapus Kuasa Eksekutif Mais - PAS

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang selama ini berperanan menjaga hal ehwal Islam di negeri itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencadangkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat supaya melakukan pindaan terhadap enakmen yang memberi kuasa eksekutif kepada Mais.

"Kami Ahli Parlimen PAS harapkan kerajaan Selangor kaji balik persoalan peranan dan kuasa yang ada pada Mais dan kembali kepada dasar kerajaan atau raja berpelembagaan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Tambah Khalid, kuasa eksekutif yang diberikan kepada Mais sebagai badan yang berperanan sebagai penasihat hal ehwal Islam dan adat Melayu boleh mencemarkan institusi raja di Selangor.

"Harap tidak beri kuasa eksekutif kepada institusi raja kerana ia mungkin boleh cemarkan institusi itu sendiri.

"Kaji semula fungsi eksekutif supaya Mais tidak akan celarukan pentadbiran Selangor atau rosakkan imej kesultanan Selangor," katanya.

Mais ditubuhkan di bawah Seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 bertujuan menasihatkan Sultan Selangor dalam hal ehwal Islam dan adat Melayu.

Gesaan mengkaji semula bagi menarik balik kuasa Mais dilihat sebagai tekanan kepada badan itu berikutan keengganannya memulangkan semula 300 naskhah bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas pada Januari lalu.

Mengulas lanjut Khalid berkata, keputusan Mais itu jelas mencemarkan imej Islam dalam kalangan masyarakat.

"Ia menunjukkan seolah-olah kita tidak menghormati kitab suci agama lain. Ternyata ia tidak ada kaitan bagi penyebaran agama Kristian kepada orang Islam.

Khamis lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataannya mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang berada di bawah Mais memulangkan semua bible yang dirampas kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Arahan itu dibuat berikutan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes rampasan Bible dan kes itu ditutup.

3 comments:

Anonymous said...

Maksud lain. Hapuskan yang pro amano dalam Jabatan berkaitan Agama Islam.

Itulah yg bee end amat takuti.

Anonymous said...

ini soal nak hapuskan kuasa ekskutif sultan yang mengetuai adat istiadat dan agama islam mengikut undang2 tubuh kerajaan negeri.british pun tahu hormat,dan tak kacau pun.bodoh punya melayu nak komen tapi tak ada fakta langsung.yang ada hanya auta!

Anonymous said...

UMNO bertuankan british patut la bangang aje pemimpin2nya bukan berasaskan islam