Wednesday, 18 June 2014

Maria Farida tayang BAJU DALAM !!!

Maria Farida tayang BAJU DALAM 

di istagram mendapat kutukan 

peminat ...



Pelakon Maria Farida menyifatkan pengikut-pengikut yang memberi 
komen berbau lucah menerusi foto pakaian dalam yang dimuat naik 
menerusi Instagram miliknya adalah mereka yang berfikiran kotor. 

Maria, 44, berkata, foto tersebut tidak patut dijadikan isu kerana ia 
hanyalah beberapa bikini yang diletakkan di atas katil dan bukannya 
menunjukkan dia memakai pakaian tersebut.

"Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. 
Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai 
bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.

"Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya 
tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu 
hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka 
cakap semua tidak masuk akal," katanya kepada mStar Online 
menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, Maria telah memuat naik foto beberapa bikini 
dengan kapsyen 'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh 
putuskan yang mana satu... hmm).

Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan 
pengikutnya terutama golongan lelaki yang memberikan komen-
komen lucah kepada aktres itu.



Foto bikini yang dimuat naik oleh Maria di Instagram. 
Tambah pelakon yang popular dengan filem Datin Ghairah itu, 
dia turut mendapat kritikan seolah-olah tidak berpegang pada 
agama Islam dengan menunjukkan foto tersebut.

"Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa sama 
memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat 
dengan mengutuk orang sudah menunjukkan ia salah di sisi 
agama Islam.

"Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa 
kelakar pula apabila ramai yang mengambil serius dengan foto 
tersebut.

"Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi 
komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai 
pakaian dalam di pusat beli belah?" soalnya.

Dalam pada itu kata Maria lagi, memandang dia mendapat terlalu 
banyak komen negatif, dia telah meminta pembantu peribadinya 
untuk membuang komen-komen tersebut.

Maria kini sedang bercuti di Pulau Krabi, Thailand dan akan pulang 
ke tanah air pada hujung minggu ini. -mStar



No comments: