Friday, 20 June 2014

RAHASIA SEJARAH YANG MASIH BELUM TERUNGKAI!!!








Di runtuhan sebuah kuil purba Khmer 
di satu lokasi di Thailand,kelihatan 
seorang sami sedang bertafakur 
di dalam satu ruangan.

Mulutnya terkumat-kamit mengalunkan 
doa: 

“Om Sriwichay…”
“Om Sriwichay…..”

Beribu-ribu tahun dahulu terdapat 
seorang raja besar yang harum 
namanya dari Chiang Mai hingga 
ke Chaiya.

Raja ini telah meninggalkan takhtanya 
dan menjadi seorang petapa;mencari 
erti hidup dan jalan mencapai kebebasan 
nafsu.

Raja ini telah meninggalkan kerajaannya 
kepada anaknya,yang nantinya akan menjadi 
seorang pengasas kepada sebuah empayar 
maritim yang amat berkuasa di seluruh 
daratan dan air.Dari keturunannya inilah 
munculnya raja-raja di Bukit Seguntang 
dan sultan-sultan Melaka. 

Persoalannya,siapakah sebenarnya 
‘Sriwichay’? 

                               “The Srivijayan”

“…Bahawa beta minta diperbuatkan 
hikayat pada Bendahara peri persetua 
dan peri petuturan raja-raja Melayu 
dengan istiadatnya sekali; supaya 
diketahui oleh segala anak cucu kita 
yang kemudian daripada kita, 
diingatkannya oleh mereka itu; 
Syahadan beroleh faedahlah ia 
daripadanya.”
(Sulalatus Salatin,Malaysia) 


Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Serendah 
Sekebun Bunga!!

Pada Abad 14 pula Ibnu Battuta (pengembara 
Arab yang terkenal)telah singgah di satu tempat 
yang bernama "Kilu Krai" (Kuala Kerai di Ulu 
Kelantan sekarang) dan bertemu dengan seorang 
raja perempuan yang bernama Urduja.

Raja perempuan ini digambarkan oleh 
Ibnu Battuta sebagai seorang yang gagah 
perkasa di sebalik wajahnya yang cantik 
jelita.

Siapa Urduja?Sebab itu amat penting 
untuk saya sebagai penyelidik mempelajari 
sistem nama-nama monarki Melayu purbakala.

Raja-raja Melayu pada era pra-Islam dahulu 
memakai gelaran Sanskrit untuk urusan rasmi 
atau dokumentasi dan gelaran tempatan dalam 
kalangan rakyat.

INILAH RAHSIA YANG AMAT MENGELIRUKAN 
RAMAI PENGKAJI SEJARAH.


Tetapi saya mahu tahu dahulu siapakah 
Nang Gwak sebenarnya? Apa kaitan Nang 
Che Yam dengan Nang Gwak??? 

Prasasti Grahi yang telah dijumpai di 
Kemboja adalah dalam bahasa Khmer. 
Namun ia menceritakan tentang keagungan 
raja-raja Melayu Sriwijaya. 

Pelik? Memahami sejarah SRIWIJAYA dan 
anda akan dapat tahu rahsia kerajaan Grahi 
yang hilang dan anda akan tahu rahsia Grahi, 
juga anda akan tahu apa yang berlaku 500 
tahun sebelum Masehi. 

Memahami riwayat 500 tahun sebelum Masehi...
sebelum Dapunta Hyang Jayanasa mendarat 
di Muara Tamwan dengan balatentaranya 
sebagaimana yang tercatat di prasasti Kedukan Bukit,anda akan dapat memahami mengapa 
Valmiki menuliskan nama 'Malayadvipa' 
(Kepulauan Melayu) dalam Ramayana juga 
Vyasa dalam kompilasi Purana, beratus tahun 
sebelum kemunculan Gautama Buddha. 

Tahukah anda Mengapa para rishi menuliskan 
nama Kepulauan Melayu di dalam kitab-kitab 
suci mereka sebagai watak misteri 'Maat Heru' 
(Mata Hari) seperti yang tercantum di dalam The Egyptian Book of The Dead??Kalau ada yang tahu
silalah berkongsi ilmu bersama-sama!!!

No comments: