Saturday 7 June 2014

8 ORANG GADIS DIROGOL SETIAP HARI DI MALAYSIA! MUNGKINLAH KERANA PEMIMPIN DI NEGARA INI RAMAI TERPALIT SKANDAL SEKS!!!


DAP hari ini menggesa pihak berkuasa 
supaya mengambil tindakan segera 
terhadap 38 orang lelaki yang melakukan 
kegiatan terkutuk dengan merogol seorang 
remaja berusia 15 tahun di Kelantan, dua 
minggu lalu.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP 
Damansara Utama Yeo Bee Yin berkata, 
insiden itu sama sekali tidak boleh diterima 
dan semua yang terlibat harus dihukum 
dengan kadar segera.


“Kami sangat berdukacita dengan berita 20 
Mei ini. Kes yang begitu tragis ini telah 
menimbulkan gerun wanita Malaysia yang 
mungkin pernah melalui pengalaman 
keganasan serupa.


“Pihak berkuasa mesti melakukan segala 
yang mampu untuk membawa mereka yang 
bertanggungjawab ke muka pengadilan.


“Insiden tersebut jelas merupakan isyarat 
supaya pihak berkuasa segera menangani 
keganasan terhadap kanak-kanak dan 
wanita yang kian memuncak di negara 
kita,” katanya. 


Pada 20 Mei lalu, seorang tingkatan dua 
telah dirogol secara berkumpulan di sebuah 
rumah kosong di Ketereh, Kelantan, sekitar 
jam 7.30 malam.


Polis kini sedang memburu saki-baki suspek 
dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun 
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman 
maksimum penjara 20 tahun.


Bee Yin yang juga Ahli Jawatankuasa 
DAP Selangor menyatakan, berdasarkan 
perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat 
(JKM), bilangan kes penderaan kanak-kanak 
telah meningkat antara 2,789 pada tahun 
2009 kepada 3,428 (2011) dan 3,831 (2012).


Menurutnya, bagi kes rogol pula, statistik 
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 
menunjukkan walaupun kes rogol berkurangan 
pada tahun 2012 berbanding 2009, bilangannya 
telah meningkat dua kali ganda dalam masa 
sepuluh tahun.


“Kini, secara purata 8 orang gadis dirogol 
setiap hari di Malaysia. Ini bukan sekadar 
angka kerana ia mewakili anak-anak 
perempuan, isteri, dan bakal isteri, yang 
akan mendepani trauma sepanjang hayat 
akibat kejadian tersebut.


“Bukan sahaja wanita-wanita ini yang 
menjadi mangsa, malah keluarga mereka 
juga akan menerima kesan daripada 
tragedi tersebut,” ujar beliau.


Sehubungan dengan itu, Bee Yin turut 
menyeru Menteri Wanita, Keluarga dan 
Pembangunan Masyarakat Datuk Rohani 
Abdul Karim supaya menangani trend 
penderaan kanak-kanak dan kejadian 
rogol yang merisaukan itu dengan 
rancangan strategik dari segi pencegahan, 
campurtangan, penguatkuasaan dan 
pemulihan.roketkini


Perlakuan yang jelas tidak boleh di maafkan , 
takkan kerajaan nak tunggu laksana undang-
undang hudud baru nak kenakan hukuman 
setimpal ? Undang-undang sedia ada pun 
sudah boleh menjamin hak mangsa asalkan 
ianya di lakukan mengikut lunas undang-
undang yang sedia ada.
-Dari blogpakatan4rakyat.

No comments: