Monday, 16 June 2014

KISAH MANOHARA YANG PERNAH MENGGEMPARKAN MEDIA MALAYSIA!!!


Manohara yang jelita!!!


Pastinya kau orang mahu tahu kisah wanita cantik yang 
kontroversi yang berasal dari Indonesia, yang juga bekas 
isteri salah seorang kerabat diraja kelantan tidak lama dulu.

Manohara Odelia Pinot (lahir di Jakarta, 28 Februari 1992; 
umur 22 tahun) adalah seorang model Indonesia. Manohara 
memiliki darah campuran Amerika Syarikat dan Bugis, 
Indonesia. Warganegara Amerika Syarikat dan Indonesia.

Nama Manohara mencodat di pelbagai media massa Indonesia 
dan Malaysia pada pertengahan bulan April 2009, kerana konflik 
yang terjadi dengan suaminya, Tengku Muhammad Fakhry 
Petra, putera ke-3 Sultan Kelantan, Malaysia.

Manohara adalah seorang model. Di usianya yang masih muda, 
ia berhasil menjadi salah satu 100 Pesona Indonesia menurut 
Majalah Harper's Bazaar.

Manohara bertemu dengan Tengku Fakhry di Perancis pada 
bulan Desember 2006, saat jamuan makan malam oleh Wakil 
Perdana Menteri Malaysia. 

Terjalin hubungan di antara keduanya, dan pada 26 ogos 2008 
Manohara dan Tengku Fakhry menikah di Malaysia. Setelah 
menikah, Manohara mendapat gelar Cik Puan Temenggong 
dan menjadi anggota dari keluarga kesultanan Kelantan.

Dua bulan kemudian, Manohara memutuskan kembali ke Jakarta 
dan tidak mau kembali ke Malaysia. Ia dikhabarkan mendapat 
perlakuan yang tidak menyenangkan dari suaminya. Ia juga 
meminta sang suami memenuhi janjinya mengadakan pesta 
pernikahan di Jakarta. 

Tengku Fakhry kemudian menjemput Manohara, membelikan 
mobil sebagai hadiah ulang tahun, serta mengajak 
Manohara beserta keluarganya untuk umrah bersama.

Ketika selesai umrah pada 9 Mac 2009, Tengku Fakhry segera 
membawa isterinya kembali ke Malaysia.

Kes ini semakin mendapatkan perhatian dari para wartawan 
mengenai tuduhan penculikan Manohara oleh seorang 
bangsawan Malaysia, di Jakarta pada April 2009. Pemerintah 
Indonesia melalui pejabat Kedutaan Indonesia di Kuala 
Lumpur selanjutnya meminta penjelasan dari Pemerintah 
Malaysia. 

Pada hari Minggu 31 Mei 2009, Manohara tiba kembali di 
Indonesia bersama dengan ibunya dari Singapura. Melalui 
konferensi pers, Manohara menyatakan bahawa ketika ia 
bersama keluarga raja Kelantan sedang berada di 
Singapura untuk menjenguk Sultan Kelantan yang tengah 
berubat di Singapura, ia berhasil lolos dari penjagaan 
pengawal Kesultanan Kelantan. 

Dengan bantuan aparat staf diplomatik Kedutaan Besar 
Amerika Syarikat, Manohara berhasil bertemu dengan ibunya 
yang saat itu juga sedang berada di Singapura. 
Manohara bersama ibunya segera kembali ke Indonesia. 

Manohara menyatakan bahwa segala tuduhan penculikan dan 
penganiayaan yang dilayangkan ibunya kepada suaminya adalah 
fakta. Manohara juga menyatakan tidak bersedia kembali ke 
Kelantan dan menyatakan niatnya untuk bercerai dari 
Tengku Fakhry.

Pengadilan Syariah Malaysia memerintahkan Manohara Odelia 
Pinot untuk kembali kepada suaminya Tengku Temenggong 
Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, dan 
membayar RM 1.2 juta yang dipinjamnya, setelah gagal 
mengajukan pembelaan atau menghadiri  perbicaraan. 

Jika Manohara tidak kembali kepada suaminya, pengadilan 
tersebut menganggapnya telah derhaka nusyuz atau tidak taat, 
dan oleh kerana itu tidak layak memperoleh apa pun daripada 
suaminya.

Pengadilan tidak dapat menerima argumen bahawa wang 
sejumlah RM 1.112.250 adalah hadiah dari Tengku Muhammad 
Fakhry, berdasarkan tidak tampilnya Manohara berdepan proses 
perbicaraan.

Tengku Fakhry menyatakan bahawa wang bukanlah masalah dan 
yang penting adalah martabat dan reputasi. Ia berkata bahawa 
ia terpaksa memulai proses keadilan untuk membersihkan namanya  
atas tuduhan penyiksaan fizik dan seksual yang tak berasas, 
yang bermaksud merendahkan dirinya di mata anggota keluarga 
raja, pemerintah dan masyarakat.

Dalam semua kes, pihak Tengku Fakhry menyatakan bahawa 
pengacara Manohara bersikap non-koperatif dan hanya 
berpegang pada khabar angin; dan pihak wanita tidak dapat 
menghasilkan bukti untuk mendokong tuduhan mereka.

Ibu Manohara mengatakan bahwa keluarganya sudah siap 
menghadapi konsekuensi mengabaikan perintah Pengadilan 
Syariah Malaysia, termasuk hilangnya hak istimewa Manohara 
sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan, dan mereka pun tidak 
akan membayar kembali apa yang disebut hutang tersebut.

Pada 20 Februari, Manohara kembali menjadi tajuk berita di 
Malaysia, ketika Manohara Odelia Pinot beraksi mesra mencium 
Amil Mohede.

Laa...begitu kisahnyaaaa.


No comments: