Monday, 30 June 2014

HIDAYAH ALLAH BUAT FELIXIA YEAP!!! ALHAMDULILLAH,SYUKUR!!!




Muncul di kaca TV selebriti Felixia Yeap yang kini 
sudah menjadi ikon kepada ramai. Setiap ibu pasti 
akan bersyukur kalau ada anak seperti Felixia! 


Penampilannya cukup simple. 


Mengenakan tudung berwarna peach dan baju 
maxi dari kain lembut berwarna hijau bercampur turquoise yang menutupi keseluruhan tubuhnya 
kecuali muka dan dua telapak tangannya.



Sungguh ayu dan sopan. Sedap mata memandang. 

Lembut dan lancar pertuturannya.


Felixia mendedahkan kali pertama dia berhijab 

adalah kerana 'tuntutan' sebuah syarikat produksi 
yang mahu talent yang datang ujibakat untuk satu rancangan memakai hijab. 


Ini bermakna hanya talent Melayu yang pastinya 
Islam dikehendaki.

Felixia yang juga seorang model sejak 10 tahun 
lalu, teruja untuk menghadirinya. Dan dia tidak 
teragak-agak mengenakan hijab semata-mata untuk menguji sejauh mana kemampuan dirinya.


"Dan sejak itu saya sudah merasa seronok memakai hijab. Saya rasa diri saya lebih 
dihormati sebagai seorang wanita berbanding hidup saya sebelum ini. Semua hanya menilai saya kerana tubuh dan aura 

seksi saya.


"Saya mempunyai sesuatu yang lebih daripada 

wajah atau tubuh yang mereka kata seksi itu. Dan Alhamdullilah, saya diberi Hidayah," katanya 
tenang dan lembut.


Mungkin ramai sudah tahu Felixia memilih 5 
Ramadhan nanti untuk memeluk Agama Islam 
kerana hari itu amat bermakna dalam hidupnya 
sebab itulah tarikh dia dilahirkan 28 tahun lalu.


"Ya semua tanya kenapa mesti tunggu tarikh itu. 

Selain hari lahir saya, kebetulan ia jatuh pada hari Khamis, yang saya difahamkan hari kesukaan Rasullulah. 


Saya mahu tarikh itu sebab saya mahu dilahirkan 
semula sebagai orang Islam."




Felixia dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga 
yang sederhana oleh seorang ibu tunggal. Dia mempunyai seorang adik lelaki. 


Tamat persekolahan dia datang ke Kuala Lumpur seorang diri untuk memulakan hidup disamping 
mencari rezeki buat keluarga.


Dia kemudian memasuki pertandingan Dewi 
Remaja. Walaupun tidak berjaya dalam 
pertandingan itu, namun hasratnya untuk 
menjadi model tercapai. 


Dan itu yang dilakukan sejak 10 tahun yang 
lalu dan akan terus memperagakan pakaian 
walaupun kini dalam bentuk yang berbeza.



Bagaimana penerimaan keluarga terutama sekali 
ibu dan adik lelakinya?


"Saya kagum dengan semangat Mama saya. 

Beliau lah yang meniup semangat untuk 
meneruskan apa yang saya inginkan. 


Baru-baru ini saya beritahu Mama yang saya 
gementar apabila hari (untuk memeluk agama 
Islam) semakin hampir.


"Mama kata saya harus tenang. Buatlah perlahan

-lahan dan masih ada banyak ruang untuk saya 
belajar selepas itu. Saya sama sekali tidak 
menyangka Mama akan mengucapkan kata-kata 
itu," kata Felixia sebak.



"Ramai yang kata apa akan terjadi kalau Felixia 
tidak sempat hendak mengucap kalimah syahadah 
dan meninggal dunia sebelum 5 Ramadhan?" 


Dengan senyuman yang manis, Felixia menjawab;

"Tak mengapa. Semua sudah tahu, saya sudah 

Islam di dalam hati."




No comments: