Sunday 15 June 2014

CIRI-CIRI ULAMAK YANG SEBENAR!!!


Inilah ciri2 ulama, baca dan fikir 

ada tak pada ulama-ulama PAS? 





Ciri-Ciri Ulama’


1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya


2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya


3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.



Daripada Abdullah Ibn Masud
“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)



4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan


5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir


6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh


7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.



8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya



Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat manusia yang diazab di hari qiamat ialah seorang alim yang tidak bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

Kata Fudhail bin ‘Iyyad,
Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan .

Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak
“awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)




9. Apabila disoal kepadanya perkara yang provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang lebih aula daripadanya


10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.


11. Mengajar orang lain kepada tuhannya dan memperingatkan bagi mereka yang lupa. Mengajar bagi mereka yang jahil dan meletakkan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)



12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .



13. Sentiasa berzikir kepada Allah .


14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .


15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.


16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .


17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.


18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.


19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.


20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir



21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah



Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, t.tpt 1996/1417,hlm:13,




22.Sentiasa dahagakan ilmu.

Kata-kata Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta.

Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:64.)



23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.

Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak , selagi mereka solat”. Sahih Muslim: 1854



24.Orang alim musuh iblis

“Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi



25.Para ulama’ hendaklah mempunyai iltizam qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW.


 . Firman Allah “ Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah suruhan dan larangan) maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. 


Allah berfirman: “….Sesungguhnya aku akan melantik mu menjadi pemimpin bagi umat manusia..” (al-Baqarah,2:124)



Dengan demikian ulama’ bukan sekadar mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang mengaji kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar. Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung: Yayasan Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303.



Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi pemimpin.


“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”.
(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19)



Sebab itulah para ulama’ mereka yang layak mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang boleh memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama’.


26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah


Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama’
dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka
menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.



27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan ukuran.



Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah mengatakan “Seluruh manusia dalam bidang fiqah adalah keluarga Abu Hanifah” Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah, beliau tidak melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati Abu Hanifah yng negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik mengajar pengikutnya supaya bertolak ansur kepada mazhab berkenaan. (Mohd. Radzi Othman dan O.K. Rahmat, 1996:61)


Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan umat Islam agar jangan taksub kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal furuk. 



Yang utama bagi umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang orang yang menolak al-Quran. Berjihad menghadapi musuh adalah wajib. Adapun ta'asub pada satu mazhab dan satu qaul ini tidak disukai oleh Allah. Apatahlagi sehingga mendorong kepada berebut-rebut dan berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233.

No comments: