Monday, 16 June 2014

AYAM-AYAM SERAMA VIETNAM BEGITU JINAK!!!

Pelacur Kelas A Dibanteras 

Lewat Malam Kelmarin !!!

Foto

Perangkaan terbaru menunjukkan pelacur warga 
Vietnam menguasai ‘carta teratas’ kelompok 
pelacur warga asing yang ditahan polis di 
negara ini berbanding pelacur China dan 
Thailand.

Ini dibuktikan apabila 2,133 wanita warga Vietnam 
yang terbabit dalam aktiviti pelacuran ditahan 
polis daripada jumlah keseluruhan 6,275 pelacur 
pelbagai negara ditahan sejak Januari hingga 
April lalu.



Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, 
Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman 
Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, 
bilangan wanita Vietnam yang ditahan meningkat 
berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh sama 
iaitu 1,126 orang.


“Peningkatan 1,007 pelacur Vietnam ini ada kaitan 
dengan permintaan pelanggan dan khidmat lebih 
mesra ditawarkan wanita Vietnam ini.


“Kebanyakan wanita Vietnam yang menjalankan 
kegiatan pelacuran di pusat hiburan dan rumah 
urut mengenakan caj lebih murah serta mudah 
didekati. Ini mungkin menyebabkan mereka 
menjadi pilihan lelaki tempatan,” katanya.

 * sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

No comments: