Saturday, 21 June 2014

BONEKA DALAM PEMBIKINAN!!!



Seandainya kalian mahu berfikir...



Kuasa-kuasa asing tidak lagi menggunakan taktik konvensional untuk menjajah negara-negara Islam seperti perang Salib kerana ia memakan korban nyawa yang ramai, wang yang banyak, dan masa yang panjang, malahan kaedah ini sukar berhasil.

Taktik mereka pada zaman moden ini adalah dengan menggunakan rakyat negara itu sendiri. 

Mereka menaja pemimpin boneka daripada kalangan rakyat negara Islam itu sendiri untuk menghasut rakyat yang lain dengan pelbagai tuduhan yang membangkitkan kemarahan ramai sehingga pemerintah dijatuhkan dan digantikan dengan pemimpin boneka mereka itu.

Dalam kalangan rakyat mereka menyebarkan fahaman-fahaman yang menyesatkan seperti liberalisme, sosialisme, pluralisme dan sebagainya agar proses menjatuhkan pemerintah asal ini cepat berhasil.

Banyak contoh moden yang telah berjaya dilakukan oleh mereka seperti Tunisia, Libya atau pun Mesir.-satusudutpandangan

No comments: