Thursday, 1 May 2014

SEJUK MATA MEMANDANG,SEDAP TELINGA MENDENGAR!!!


Alhamdulillah: NIK AZIZ terima cadangan UMNO




Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz 
Nik Mat menyambut baik cadangan Umno 
untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal 
hudud di peringkat kebangsaan bagi 
membolehkan pelaksanaan Enakmen Kanun 
Jenayah Syariah (II) 1993 lebih difahami 
sebelum usul itu dibawa ke Parlimen.

Beliau bagaimanapun, enggan campur 
tangan dalam urusan teknikal, walaupun 
mengakui pelaksanaannya perlu 
kepada jawatankuasa teknikal.

“Masalah teknikal bukan kerja saya, saya hanya 
sebut masalah dasar, bagaimana dasar ini 
hendak dilaksanakan, ia perlu kepada teknikal.

“Saya tidak suka masuk campur dalam 
urusan teknikal, terserah kepada pihak 
berkenaan tapi saya menyambut baik 
cadangan itu, saya gembira kerana 
hudud yang dulunya ditentang, kini 
diterima,” katanya mengulas kenyataan 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri 
Muhyiddin Yassin berhubung cadangan 
Umno mewujudkan sebuah jawatankuasa 
teknikal mengenai hudud di peringkat 
kebangsaan. 

Kredit: Unit Komunikasi Menteri Besar KELANTAN