Thursday, 29 May 2014

AGENDA MEREPUBLIKKAN MALAYSIA DALAM PERANCANGAN PALATAN PEMBANGKANG!!! LANGKAH PERTAMA ROSAKKAN INSTITUSI BERAJA!!!

MACAI PAKATAN PEMBANGKANG MEMAKI HAMUN AL MARHUM PADUKA SERI SULTAN PERAK!!!
Seperti yang dijangkakan, kemangkatan DYMM 
Sultan Perak yang ditunggu-tunggu oleh macai Pakatan Rakyat.

Memberikan peluang kepada kita untuk melihat 
sejauh manakah kebencian mereka terhadap 
sistem pemerintahan Melayu-Islam yang telah terbentuk di negara ini berabad-abad lamanya.

Maki hamun terhadap sultan, kebencian terhadap pemerintahan beraja, kejelikan terhadap apa-apa sahaja sistem selain sistem komunis dan sosialis 
di negara ini begitu terserlah.

Golongan yang sudah terpengaruh dengan 
momokan dan retorik yang menganggap dan melabelkan apa-apa sahaja berkaitan Melayu-
Islam sebagai menjijikkan, kotor dan perlu 
dihina, menjadi jelatang di media siber.

Mereka melakukan penghinaan secara terang-terangan dan sentiasa beranggapan pentadbiran 
dan pemerintahan sekarang perlu dihapuskan 
dan digantikan dengan Pakatan Rakyat. 

Mereka mahukan hudud untuk membunuh keseluruhan pentadbiran dan pemerintah 
sekarang kononnya kerana telah 
mengkhianati rakyat.

Seharusnya pihak berkuasa segera mengajar 
puak-puak anarki ini untuk menghormati dan mematuhi teras serta asas di negara ini.

Demokrasi berperlembagaan tidak seharusnya menjadikan kita sebebas-bebasnya berbuat sekehendak hati.
Para pemimpin mereka terlebih dahulu yang perlu diajar agar menghormati undang-undang kerana golongan anarki ini sebenarnya hanyalah zombie.



No comments: