Monday, 19 May 2014

GILA???Tradisi Berkongsi Isteri, Perlu Layan Seks Bersama Adik-Beradik Suami..!!!


Lazimnya, pasangan suami isteri yang telah berkahwin 

mempunyai hak antara satu sama lain dan tidak boleh 

berkongsi kasih dengan orang lain yang bukan suami 

atau isteri mereka..Namun di India, lain pulak ceritanya..

Nak tahu apa cerita nya, meh baca kat bawah ni.. 




Hal ini terjadi terutamanya di wilayah utara India, di daerah 
Baghpat, hanya sekitar dua jam dari kota metropolitan New 
Delhi. Munni, wanita pertengahan 40-an yang mengisahkan 
penderitaannya menjadi seorang isteri kepada seorang 
suami sekaligus pemuas nafsu adik-adik suaminya. 


“Suami saya dan orang tuanya memberitahu, saya harus 
membahagikan diri saya (melayan) dengan adik-adiknya,” 
kata Munni. 


Dua adik suaminya adalah bujang terlajak yang tidak 
memiliki isteri. Antara lain disebabkan jumlah wanita yang 
kurang di perkampungan tersebut. Munni ketika ini mepunyai 
tiga orang anak, hasil hubungannya dengan suami, dan dua 
adiknya. 


“Kedua-duanya (adik suaminya) menyetubuhi saya bila mana 
mereka mahu, tidak kira siang atau malam. Jika saya menolak, 
mereka akan memukul saya dengan apa saja. Kadang-kala 
mereka mengusir saya untuk tidur di luar, saya juga pernah 
disiram minyak tanah dan dibakar,” tutur Munni. 


Setelah tiga bulan menderita, Munni berjaya melarikan diri, 
setelah berpura-pura hendak pergi ke hospital. Tetapi, wanita 
yang telah memiliki tiga anak lelaki itu tidak 
membuat sebarang laporan polis. 


Munni hanyalah satu dari puluhan wanita di Baghpat yang 
mengalami nasib yang sama. Kes-kes penyiksaan dan 
penyimpangan ini kebanyakan tidak dilaporkan kepada polis. 
Wanita-wanita ini jarang dapat keluar rumah bersendirian, 
mereka dilarang keluar rumah tanpa ditemani kaum lelaki 
sehingga sukar untuk berhubung dengan dunia luar. 


Berbeza dengan wanita moden dan berdikari yang bekerja 
di kota besar seperti New Delhi, di desa tempat Munni tinggal, 
kaum wanita dikurung di dalam rumah. Mereka hanya berfungsi 
untuk melahirkan anak dan bertugas membuat 
kerja-kerja rumah. 


Sementara kaum lelaki pula bekerja sebagai petani atau hanya 
menganggur dan duduk-duduk seharian di rumah dan di bawah 
pokok. Minum teh dan merokok, serta saling membandingkan 
isteri yang jumlahnya terhad.


Penduduk kampung mengatakan tradisi berkongsi isteri ini 
memiliki banyak kelebihan. Salah satunya adalah menghindari 
perpecahan akibat perebutan pusaka dan aset di antara para 
pewaris keluarga. Selain itu, ia juga membebaskan wanita 
miskin dengan mengawininya, mendapatkan nafkah dari 
banyak lelaki. 


Menurut Bhagyashri Dengle, pengarah eksekutif Children”s 
Charity Plan India, mengatakan budaya ini terjadi akibat 
menurunnya jumlah wanita dibandingkan lelaki. Kebanyakan 
warga di India menggugurkan bayi perempuan kerana 
dianggap tidak berguna pada masa depan. 


Menurut kajian populasi di India pada tahun 2011, hanya 
terdapat 858 wanita untuk 1000 lelaki di Baghpat. Dan 
jumlah ini terus menurun. Hal ini juga terjadi di daerah 
Haryana, Punjab, Rajashtan dan Gujarat. 


“Di setiap kampung, terdapat lima atau enam lelaki bujang 
yang tidak dapat menemui isteri. Dalam satu keluarga, terdapat 
tiga atau empat lelaki yang belum berkahwin,” lanjut Dengle. 


Salah satu cara untuk mengatasinya adalah membeli pengantin 
dari daerah lain dengan harga 15000 rupee. Tetapi, ianya juga 
hanya membawa penderitaan kepada kaum wanita, kerana
kebanyakan mereka harus berkahwin dengan lelaki yang berusia 
jauh lebih tua-sochai.

Sumber: Maklumat.my

p/s: Macam-macam perangai dok ada..

No comments: