Justeru bagi meninggalkan kesan mendalam kepada para pelaku maksiat yang mencemarkan maruah Islam dan maruah keluarga ketika turun di jalanan sambil terpekik melalak dan berbaur antara lelaki dan perempuan, saya menggunakan perumpamaan pelacur kelas atasan.
Sebelum ini telah kita nyatakan bahawa akhlak berdemontrasi ini bukan akhlak Islam, melainkan akhlak Abu Jahal dan Kafir Quraysh. Tidak ada dalam sejarah umat Nabi Muhammad saw yang menjadikan demontrasi sebagai wasilah untuk kebaikan dan tatacara menasihati penguasa.
Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa haram ke atas BERSIH sebelum ini. Malah ulama Ahlul Sunnah di peringkat dunia telah mengharamkan demontrasi.
Syeikh Dr Sulaiman Saloomi selaku Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram ketika datang ke Malaysia telah mengeluarkan fatwa: “Jangan sesekali mengadakan demonstrasi kerana ia menyebabkan masalah lain datang bertimpa-timpa malah membawa kepada fitnah lain”.
Syeikh Dr Sulaiman Saloomi selaku Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram ketika datang ke Malaysia telah mengeluarkan fatwa: “Jangan sesekali mengadakan demonstrasi kerana ia menyebabkan masalah lain datang bertimpa-timpa malah membawa kepada fitnah lain”.
Sehinggakan para ulama’ telah berfatwa tentang haramnya demontrasi walaupun di namakan “Tunjuk Rasa Aman’ kerana inti kepada demontrasi adalah kefasidan dan kemungkaran. Sedangkan Islam telah tunjukkan kaedah dan metode untuk menasihati para penguasa Negara.
Lalu jika kita beriman bahawa Islam merupakan ‘Way Of Life’ seperti slogan PAS zaman dahulu, maka ikutilah kaedah yang telah Islam gariskan kepada penganutnya lantaran demontrasi bukan kaedah Islami tetapi kaedah orang kafir sejak zaman bahari hingga kini.
Oleh yang demikian ketika para gadis, para ibu dan para isteri meinggaalkan rumah lalu bergabung dengan manusia lainnya di jalanan, mereka terpekik dan menjerit, mengangkat sepanduk dan berasak-asak serta berlaku ikhtilat antara jantina; bukankah semua ini telah mencemarkan maruah seorang gaadis dan wanita?
Walhal Nabi Muhammad saw diutus untuk memartabatkan wanita menjadi mulia; ditutup segala anggotanya seperti rantai permata yang diletak di atas kain baldu dan dikunci dalam kotak agar selamat. Diberikan hak dalam perkahwinan dan diiktiraf sebagai manusia, bukan haiwan atau barang dagangan hingga membatalkan sistem anak akan mewarisi segala isteri ayah setelah kewafatannya.
Lihat bagaimana para Ummul Mukminin dan para sahabiyah menjaga maruah mereka dalam hidup bermasyarakat. Sampaikan tandu yang dinaiki oleh Aisyah ra diusung oleh para sahabat walhal Ummul Mukminin ketika itu tidak ada berada di dalam tandu tersebut. Kerana apa?
Kerana tandu tersebut tertutup hingga lelaki tidak mampu melihat apa yang adaa di dalamnya. Kemudian lihat pula bagaimana ketika Safwan bin Muattal Salmi menemukan Ummul Mukminin keseorangan setelah tandu beliau pergi di waktu subuh. Lihat bagaimana Ummul Mukminin berkata:
Kerana tandu tersebut tertutup hingga lelaki tidak mampu melihat apa yang adaa di dalamnya. Kemudian lihat pula bagaimana ketika Safwan bin Muattal Salmi menemukan Ummul Mukminin keseorangan setelah tandu beliau pergi di waktu subuh. Lihat bagaimana Ummul Mukminin berkata:
“Beliau telah melihat bentuk tubuh manusia yang sedang tidur dan apabila beliau telah dekat kepadaku dan melihatku, beliau telah mengenaliku lantaran beliau pernah melihat rupaku sebelum turunnya hukum hijab lagi. Ucapan istirja’nya telah menyedarkanku daripada tidur dan aku segera menutup wajahku dengan tudung. Demi Allah kami tidak bercakap sepatah pun dan tidaklah aku mendengar satu kalimatpun daripadanya melainkan ucapan istirja’ yang diucapkan tadi ” (Hadis Ifk, riwayat Muslim)
Contohkan bagaimana sahabat mulia ini membawa A’isyah sehingga sampai ke Madinah dengan menempatkan Ummul Mukminin di atas unta dan beliau berjalan di hadapan sambil menarik tali kekang unta tersebut. Jangan berhenti di situ sahaja, lihat pula bagaimana berangkatnya Ummul Mukminin ini di atas unta untuk mendamaikan dua jama’ah kaum muslimin yang sedang ingin berperang.
Apakah maruah para Ummul Mukminin sama dengan para muslimah yang keluar berdemonstrai? Wallahi, sungguh jauh antara keduanya; Ummul Mukminin menjaga maruahnya dan maruah suami serta maruah keluarga, sedangkan para muslimah yang berdemonstari telah menggadaikan maruah dirinya, maruah ayahnya dan maruah suaminya.
Lalu siapakah wanita yang menggadaikan maruahnya dengan sengaja? Itulah para pelacur, yang mana telah hilang martabat dan maruah mereka dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Para pelacur telah menggunakan jasad mereka bagi mendapatkan hasil serta menayangkan lenggok tubuh mereka kepada kaum lelaki.
Begitu pula para muslimah yang berdemonstari; telah hilang maruahnya dan mereka menjadikan jasad mereka sebagai sarana untuk mendapatkan hasil dalam berdemonstrasi. Hasil yang mereka dambakan bukan wang ringgit atau kekayaan harta benda, namun yang diharapkan adalah pemansuhan cukai GST atau penggulingan kerajaan. Juga terang lagi nyata bahawa mereka telah dilihat dengan mata kepala oleh para lelaki ajnabi, serta mendengar teriakan mereka walhal dalam mazhab Syafi’i, suara mereka adalah aurat.
Justeru apakah ada lagi perumpamaan yang pantas untuk disandarkan kepada para muslimah ini melainkan analogi kepada paraa pelacur yang telah melacurkan agama dan maruah keluarga. Sungguh mereka ini adalah para pelacur pada sisi figurative sebagaimana kaedah pendalilan Dr Maza dan pembangkang yang melarang sebuah teks difahami secara literal.
Namun sungguh ajaib kali ini Dr Maza memahami teks dan kalimat pelacur pada sisi leksikal. Apakah Dr Maza telah jadi literalis yang dia sesatkan dan hinakan sebelum ini?
Atau dia memiliki kaedah ‘caca-merba’ dimana setiap kaedah itu boleh dipakai atau dibuang mengikut seleranya; terutama diterapkan kepada orang lain selain dirinya?
Atau dia memiliki kaedah ‘caca-merba’ dimana setiap kaedah itu boleh dipakai atau dibuang mengikut seleranya; terutama diterapkan kepada orang lain selain dirinya?
Hadis Yang Dijadikan Sandaran Analogi
Telah kita jelaskan bahawa demonstrasi bukan solusi tetapi akhlak keji dan tidak Islami. Orang yang kuat perpegang kepada demontrasi adalah pengikut hawa nafsu dan dalil ‘jiran’ yang mereka ungkapkan adalah sebuah dalil di luar konteks serta digasak hingga seolah-olah menepati alasan syarak. Pantas untuk mereka ini dihinakan sebagaimana perlakuan para salaf as soleh yang telah digambarkan kepada kita melalui para ulama Ahlul Sunnah.
Amirul Mu’minin dalam hadis, Syu’bah berkata: “Sufyan At Tsauri membenci orang-orang yang mengikuti hawa nafsu dan melarang untuk duduk bersama mereka” (dikeluarkan oleh Nashr bin Ibrahim Al Maqdisi)
Jadinya para muslimah yang kuat berdemontrasi ini seperti pengikut hawa nafsu. Sehingga pengikut hawa nafsu ini memiliki martabat yang lebih hina dari kera dan babi. Abu Al Jauza’ menggambarkan darjat pengikut hawa nafsu hingga beliau berkata: “Aku lebih suka untuk bertetangga dengan kera dan babi berbanding dengan seseorang pengikut hawa nafsu” (dikeluarkan oleh Ibnu Bathah dan Al Laalika’i)
Itu antara sedikit sahaja cebisan sikap para salaf as soleh kita dalam menyingkapi para pelaku bid’ah dan pengikut hawa nafsu. Mereka merendahkan nilai pelakunya, mencemuhnya dan melarang keras umat dari mengikutinya. Syeikh Bakar Abu Zaid berkata:
“Kaum Salaf terdahulu Rahimahumullah mencari pahala dengan sikap meremehkan dan menghinakan mereka (pelaku
bid’ah dan hawa nafsu) serta menolak bid’ah dan para pelakunya” (rujuk Hilyah Thali Al-Ilm)
“Kaum Salaf terdahulu Rahimahumullah mencari pahala dengan sikap meremehkan dan menghinakan mereka (pelaku
bid’ah dan hawa nafsu) serta menolak bid’ah dan para pelakunya” (rujuk Hilyah Thali Al-Ilm)
Sungguh jauh beza antara seorang peminum arak akan tetap dikenal sebagai pemaksiat namun ketika maksiat tersebut disalut dengan jubah dan purdah mengakibatkan masyarakat menganggapnya bahagian dari agama dan sarana meraih keredhaan Allah serta sebuah perjuangan murni.
Lalu telah jelas perbezaan antara para wanita yang terkinja-kinja dalam sebuah konsert yang tidak akan ada seorang ilmuan pun akan menganggap bahawa keluarnya wanita tersebut dalam sebuah rangka mencapai mardathillah, jauh sekali menisbatkan kepada perjuangan yang dianjurkan oleh Islam.
Namun maksiat demontrasi telah dipakaikan semutar dan igal sehingga banyak masyarakat menyangka bahawa keluarnya para wanita menuju ke jalan raya raya adalah dalam rangka menegakkan agama.
Persepsi yang dijadikan dogma ini tidak jauh bezanya seperti wanita-wanita berpurdah hitam yang menganut agama Rafidhah saat telah melakukan aktiviti perzinaan tatkala beriman bahawa nikah mut’ah adalah bahagian dari agama.
Persepsi yang dijadikan dogma ini tidak jauh bezanya seperti wanita-wanita berpurdah hitam yang menganut agama Rafidhah saat telah melakukan aktiviti perzinaan tatkala beriman bahawa nikah mut’ah adalah bahagian dari agama.
Lihat bagaimana ada fatwa dari ayatussyaitan mereka yang memberikan ganjaran pahala cukup kepada para suami yang mengizinkan isteri mereka berzina dengan lelaki lain. Sebaliknya jika isteri berzina tanpa pengetahuan suami maka pahala yang dijanjikan lebih besar dan itulah seutama-utama perbuatan.
Ini adalah contoh nyata bagaimana sebuah perbuatan keji dan mungkar diubah wataknya menjadi sebuah perjuangan murni oleh para pengikut hawa nafsu dengaan dalil-dalil yang tidak akurat.
Begitu pula dengan demontrasi, diubah namanya dan diberikan omong kosong seolah-olah ia adalah perjuangan menegakkan Islam oleh para pengikut hawa nafsu.
Begitu pula dengan demontrasi, diubah namanya dan diberikan omong kosong seolah-olah ia adalah perjuangan menegakkan Islam oleh para pengikut hawa nafsu.
Justeru pengikut hawa nafsu perlu direndahkan martabatnya dan dalam mana yang sama para muslimat yang keluar menjerit dan menunjuk rasa di jalanan telahpun mencemarkan maruah mereka sendiri.
Walhal Allah dan Rasulnya telah menetapkan bahawa para muslimah yang menjaga maruah adalah tempatnya di rumah. Terdapat banyak dalil yang menganjurkan para wanita yang mulia untuk tinggal di kediamannya, tidak berbaur antara lelaki dan wanita sewenang-wenang dan melindungi diri mereka dari dikenal oleh lelaki ajnabi.
Nabi juga telah memberikan gambaran kepada para wanita yang memakai minyak wangi sehingga dihidu oleh para lelaki ajnabi sebagai perbuatan zina. Dari Abu Musa bahawa dia berkata, Rasulullah saw bersabda:
“Seorang perempuan yang memakai minyak wangi lalu melalui sekumpulan lelaki agar mereka mencium bau harum yang telah dipakainya maka perempuan tersebut adalah pelacur” (HR An Nasai, Abu Dawud, At Tirmizi dan Ahmad, dinilai shahih oleh Al-Albani)
Lihat dengan pemahaman yang benar dan jiwa yang tenang. Bagaimana martabatnya seorang wanita yang hanya memakai minyak wangi agar para lelaki mencium bau harum telah digambarkan seumpama melakukan zina atau pelacur, lantas bagaimana pula sekiranya wanita tersebut melakukan ikhtilat serta berteriak dan menunjuk rasa di jalanan? Pastilah martabat mereka lebih rendah dan watak pelacur sangat bertepatan dengan mereka.
Apakah hadis di atas hanya layak dikalungkan kepada wanita berbikini yang memakai minyak wangi atau kepada semua muslimah hatta yang berpurdah tetapi memakai minyak wangi dengan harapan paraa lelaki menciumnya?
Jelas hadis ini mencakup seluruh wanita termasuk Muslimah PAS yang bertudung labuh. Jadi apakah Nabi telah melakukan qazaf kepada para perempuan yang memakai minyak wangi sehingga dicium oleh segerombolan lelaki? Apakah Nabi itu kurang ajar dan biadab?
Jelas hadis ini mencakup seluruh wanita termasuk Muslimah PAS yang bertudung labuh. Jadi apakah Nabi telah melakukan qazaf kepada para perempuan yang memakai minyak wangi sehingga dicium oleh segerombolan lelaki? Apakah Nabi itu kurang ajar dan biadab?
Bagaimana pula wanita yang memakai minyak wangi untuk ke tempat yang mulia seperti masjid? Rasulullah saw bersabda: “Kalau para wanita hendak ke masjid maka janganlah memakai harum-haruman” (HR Muslim)
Juga Nabi bersabda: “Wanita itu adalah aurat, jika dia keluar rumah maka syaitan akan memimpinnya” (HR At Tirmizi juga dalam Shahihul Jami’ Ash Shagir). Sedangkan dalam riwayat At Tabrani ada tambahan iaitu “Dan sesungguhnya tempat paling mendekatkan dirinya dengan Allah sawt adalah di sudut rumahnya”.
Perhatikan wahai Muslimah PAS dan para wanita yang turun demonstrasi bahawa Allah telah memuliakan wanita ketika mereka berada di rumahnya. Allah berfirman: “Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka” (At Tolaqq : 1) tetapi nampaknya ada para pengikut hawa nafsu yang mencipta alaasan serta mengasak dalil bagi mengeluarkan wanita dari rumah mereka. Dan Allah mengingatkan para wanita “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu” (Al Ahzab: 33).
Lantaran itu orang yang menyatakan saya biadab dan kurang ajar, perlu menambahkan ilmunya pada sisi budaya kita dan juga pada hadis-hadis Nabi. Lihat bagaimana sahabat mencela pengikut hawa nafsu dengan ‘bahasa kasar’ atas petunjuk Rasulullah saw.
Daripada Ubai bin Ka’ab bahawa dia mendengar seorang lelaki berkata: “Hai keluarga si fulan!”. Lantas Ubai berkata kepada lelaki tersebut: “Gigitlah kemaluan bapamu!”. Ubai mencelanya terang-terangan tanpa menggunakan bahasa kiasan (sindiran). Lelaki tersebut berkata kepadanya: “Wahai Abul Munzir (kun-yah Ubai), engkau bukanlah orang yang gemar berkata keji”. Ubai berkata kepadanya: “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa berbangga-bangga dengan slogan jahiliyah maka suruhlah dia menggigit kemaluan ayahnya dan tidak usah memakai bahasa kiasan terhadapnya” (HR Al Bukhari dalam Abadul Mufrad)
Tuntasnya saya menyandarkan analogi ini kepada sisi budaya kemudian saya memiliki hujjah yang sangat kuat berdasarkan hadis serta ia dipraktikan oleh para sahabat. Kalau hadis jiran boleh dicerna oleh akal kalian walaupun konteks nya melenceng lalu apakah akal kalian yang sama itu tidak mampu mencerap hadis tentang wanita yang memakai minyak wangi di atas?
Kebodohan Pembangkang Dalam Memahami Kiasan
Semoga akal para pembangkang yang telah menggunakan hadis jiran memahami bahawa para muslimah yang keluar demontrasi itu martabatnya lebih rendah dari pelacur mengikut konteks hadis di atas.
Agar akal milik pembangkang tidak terlalu jahil sehingga memahami analogi secara harfiyah. Ibarat ketika seseorang berkata: “Ini saudara anjing saya” lantas kalian menganggap bahawa lelaki tersebut memiliki saudara daripada seekor anjing! Atau ketika kalian mendengar seseorang berkata: “Engkau gemok macam gajah” lalu kalian mengangap bahawa oraang tersebut adalah seekor gajah.
Jika berlaku pemahaman seperti ini, maka ia adalah musibah kepada diri kalian. Justeru untuk tidak bebal seperti gambaran diatas, maka setiap ungkapan manusia perlu difahami secara menyeluruh. Dengannya kelak akan diketahui bahawa analogi yang saya lakukan tidak menetapkan secara hakiki bahawa para muslimah yang berdemonstrasi adalah pelacur.
Jadi pihak-pihak yang mengatakan wanita muslimah itu adalah para wanita bermaruah lalu tuduhan saya itu boleh jatuh pada perkaraa qazaf; merupakan perkiran orang jahil yang berlagak pandai. Lagipula apakah tulisan dalam facebook boleh diperkirakan sebagai saksi seandainya kamera besi yang merakam gambar zina ditolak mentah oleh ulama PAS?
Dalam satu hal pula, bagaimana pembangkang boleh melakukan takwilan ketika berhadapan dengan kiasan Mursyidul Am PAS yang berkata bahawa Tuhan Itu Samseng dan anologi seakan Penerima BRIM seperti haiwan. Dan apakah pendapat Dr Maza tentang kenyataan Nik Aziz ini? Apakah Dr Maza akan senyap ibarat Ifrit bisu dan dubuk pembangkang?
Analogi Dr Maza Kepada Ilmuan Malaysia
Sikap Dr Maza kepada pembangkang boleh diramal. Dia sangat lunak kepada pembangkang dan pendiriannya sangat condong kepada mereka. Lihat tabiat Dr Maza untuk berkata sesuatu tanpa kajian kepada pihak kerajaan. Contoh paling terbaru adalah isu jet peribadi. Begitu juga tentang isu MH370 dan kapal selam milik negara. Tetapi ketika Anwar membawakan hadis paslu dengan segala bukti tersedia, lalu Dr Maza hanya menyinggung hal ini secara berlapis diatas sebuah ‘ketidak-pastian’.
Inilah watak sebenar Dr Maza yang dianggap oleh pembangkang sebagai “non partisipan” walhal orang yang rapat dengannya memang mengetahui bahawa dia pro pembangkang. Mungkin ketika Dr Maza menjadi mufti adalah fasa dimana dia memihak kepada kerajaan namun setelah kontraknya tidak disambung, dia sangat condong kepada pihak pembangkang, walaupun dialah pencetus kepada kewujudan Sektretariat Ulama Muda UMNO.
Sungguhpun Sekretariat Ulama Muda UMNO dibawah UMNO dan kebanyakan ahlinya ketika itu adalah sahabat dan murid-murid Dr Maza namun selama hampir dua tahun, tidak ada apa-apa aktiviti yang mampu dijalankan melainkan mesyuarat.
Bagaimana ia mampu bergerak sedangkan hala-tuju dan pergerakan ahlinya banyak di’kawal’ oleh Dr Maza, serta bagaimana mungkin sahabat dan murid beliau akan berkerja walhal mereka ini semuanya condong kepada pembangkang. Akhirnya Sekretariat Ulama Muda UMNO ini dibubarkan oleh Dr Fathul Bari lalu menubuhkan Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU) sebagai gantinya.
Dalam masa yang sama, Dr Maza ibarat ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus. Sebelum ini telah terkenal seantero Malaysia bahawa akhlak Maza adalah bejat dan dia merupakan seorang yang suka mengata. Masih ingatkan kisah pertelagahan beliau dengan Pengarah JAIS, Datuk Khusrin. Begitu juga pertembungan dia dengan beberapa tokoh lain seperti Dr Uthman El Muhammadi dan Dr Aziz Hanafi.
Kita juga tidak lupa bagaimana dia menyesatkan dan mengutuk Syeikh Muqbil al Wadi’I, seorang ulama ahlul sunnah ulung di Yaman dan Dr Rabi’ dari Saudi. Lebih lucu adalah Dr Maza pernah menggelar anjing dan syaitan bisu kepada para ulama’ yang mendokong kerajaan. Lalu hari ini Dr Maza yang bejat akhlaknya berbicara tentang analogi yang molek dan adab tatasusila!
Kesimpulan
Sesungguhnya analogi yang saya lakukan itu memiliki dasar pada sisi manhaj, kemudian didokong oleh dalil naqli serta petunjuk para sahabat. Juga perbuatan demonstrasi bukanlah akhlak Islami serta ia adalah maksiat disamping keluarnya kaum wanita telah mencemarkan maruah mereka dan maruah keluarga mereka.
Dalam akal budi melayu, terlalu banyak perumpamaan yang dilihat kasar dan kesat, namun para budayawan bangsa ini menerima apa adanya. Para pembangkang termasuk Dr Maza akhirnya menggunakan alasan akal budi Melayu iaitu ‘bahasa kesat’ sebagai tameng membantah analogi ini.
Mereka tidak akan mampu menjawab pada sisi dalil naqli tetapi meruntun kepada isu emosi semata-mata. Walhal dalam masa yang sama mereka adalah golongan manusia yang suka mencela dan mencaci kerajaan. Inilah salah satu keajaiban yang dimiliki oleh Dr Maza dan pembangkang secara umumnya.
Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman
3 comments:
Aku ada baca, pimpinan mrk memisalkan wanita wanita mrk yg keluar demo tu dgn Muslimah Muslimah r.anhuna. zaman Nabi saw yg ikut dlm perang jihad. Apa punya kaedah kias yg diaorg pakai, main ikut suka dia je. Aku pelik ust ust diaorg boleh diam pulak.
itu terjadi kerana mereka mengikut hawa nafsu bukan ikut ajaran islam sebenar!
kalau mereka ikut ajaran islam sebenar mereka tentu akan takut buat demonstrasi sbb jelas rasulullah melarang mengganggu laluan orang awam dengan membuat perkara yang boleh menyusahkan orang ramai yang berkeperluan menggunakan laluan tersebut!
masalahnya ustaz mereka se akan-akan mengikut fahaman syiah yang membenarkan bertakiyyah!!!
Dr. Maza lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan yang kadang2 menyimpang dari ajaran Islam kita tau ilmu yamg dimiliki tak kemana pun tapi dik sebabkan keangkuhan ego orang lain semuanya jahil. Insaflah diri.Aminnnnnn.
Post a Comment