Dyana Sofya Mohd Daud untuk PRK Parlimen
Teluk Intan berdasarkan persefahaman dalam
PR.
Demikian reaksi Naib Presiden Pas, Salahuddin
Ayub ketika diminta mengulas kenyataan Dyana
yang menyatakan akan menentang bil mengenai
hudud yang dibentang Pas di Parlimen nanti
jika memenangi PRK itu.
Salahuddin berkata, Pas tidak boleh halang hak
Dyana untuk mengeluarkan kenyataan yang
berpihak kepada partinya meskipun ia bersifat
penentangan terhadap apa yang diperjuangkan
Pas.
"Ini bukan perkara baru. Merujuk pada DAP,
sejak hari pertama kita kenal, mereka memang
tidak pernah sokong hudud. Namun ini tidak
menggugat pendirian Pas untuk terus bersama
DAP dalam perkara-perkara yang diperjuangkan
bersama, juga tidak akan menjejaskan usaha
Pas untuk terus perjuangkan hudud.
"Dyana calon DAP, tentu dia sokong pendirian
parti dia. Takkan dia buat kenyataan sokong
Pas," katanya.
Dyana dalam temu bual bersama media
semalam menyatakan, jika menang pilihan
raya ini, beliau akan membantah rang undang-
undang persendirian (private bill) yang akan
diusulkan Pas di Parlimen, yang jika diluluskan
akan membolehkan undang-undang berasaskan
hudud dilaksanakan di Kelantan.
Menurut Dyana, pendiriannya itu sama dengan
pendirian partinya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai kenyataannya
itu, Dyana berkata, beliau bagaimanapun tidak
menentang hudud secara keseluruhan, cuma
beranggapan pelaksanaan undang-undang
berteraskan Islam di Malaysia tidak sesuai buat
masa ini selagi masalah berkaitan sosio
ekonomi tidak diatasi.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata, hudud
juga bukan isu besar dalam PRK Teluk Intan
yang boleh menjejaskan sokongan kepada PR.
“Gerakan dan MCA juga menentang hudud.
Tetapi hal itu biar mereka selesaikan sendiri.
“Bagi Pas, kita tidak ada masalah. Hudud tidak
menggugat kerjasama kita dalam PR dan bukan
No comments:
Post a Comment