Wednesday 14 May 2014

20 "Seluar Kecik" Kehilangan, Kerani Wanita Dilanda Kebimbangan!!!


kegemaran pelik, curi pakaian dalam wanita, seluar dalam,


Kegiatan pelik seorang lelaki misteri mencuri pakaian dalam wanita di kawasan Salak Selatan menyebabkan seorang kerani dan keluarganya kini hidup dalam ketakutan.

Wanita yang hanya mahu dikenali Lee An, 40-an mendakwa sejak dua bulan lalu lebih 20 seluar dalamnya dilarikan dan lelaki terbabit tidak pernah takut untuk memasuki kawasan rumahnya yang berpagar untuk mencuri pakaian dalam berkenaan.


Dalam kejadian terbaru dilaporkan kelmarin, pakaian dalam mangsa yang disidai bersama pakaian lain dalam kawasan rumah berpagar didapati hilang manakala pakaian lain masih ada di jemuran.


Menurutnya, kejadian disedari oleh bapanya pada pukul 6 pagi apabila mendapati pakaian dalam miliknya sudah hilang.


Saya kemudian mencari di seluruh kawasan rumah tetapi tidak menemui pakaian dalam itu. kejadian seperti ini telah banyak kali berlaku dan sejak beberapa bulan lalu, lebih 20 helai seluar dalam milik saya yang dijemur di ampaian dicuri lelaki misteri.

Kami mendapat tahu ada jiran yang ternampak kelibat seorang lelaki berpakaian hitam melompat masuk ke kawasan rumah dan dalam sekelip mata menghilangkan diri.


Dia yang takut pakaian dalam itu digunakan bagi tujuan tidak baik kemudian membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan-pingbusuk.

No comments: