Jenaka yang dibawa oleh Tauke dan ahli kumpulannya, Yus dalam sebuah pertandingan realiti lawak terkemuka Malaysia seringkali mencuit hati peminat.
Mana taknya, ada saja idea segar yang dibawakan dalam setiap persembahan dan tidak keterlaluan jika kita katakan kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke adalah antara kumpulan favorite dalam pertandingan tersebut.
Namun, dalam pada kejayaan Tauke menempa nama dalam industri, terdapat desas-desus mengatakan bahawa Tauke seorang yang gemar bersosial di kelab malam. Tak cukup dengan itu, ada pula pihak yang menuduh Tauke sebagai ‘kaki perempuan’.
Dakwaan itu dikhabarkan timbul apabila 
dua keping gambarnya bersama beberapa 
orang wanita di kelab malam telah tersebar 
di sebuah blog hiburan. 


Lebih memeranjatkan, Tauke juga dilihat 
sedang memeluk erat seorang wanita 
berbaju putih dalam foto tersebut.
Gambar Tauke Jambu Peluk1 Gambar Tauke Jambu Buat Onar Wanita Baju Putih Di Kelab Malam

























Perkara-perkara sebegini cepat tersebar, 
lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan 
selebriti yang sentiasa menjadi perhatian 
orang ramai.