Thursday, 8 May 2014

KETAA'SUBAN MENGUNDANG KETIDAKKHUSYUKAN!!!






Dalam satu hadis akhir zaman, nabi saw mengatakan dalam satu jemaah tak ada seorang pun yang khusyuk...ini lah jemaahnya. 


Dalam surah Ar Rum,satu golongan yang syirik kerana terlampau taksub dengan golongannya.Jadi jangan lah kita termasuk dalam golongan yang dimaksudkan kerana nabi saw pernah mengingati kita, umatnya berpecah kepada 73 golongan, dan hanya 1 golongn sahaja akan masuk syurga.


Nak masuk syurga bukannya semudah masuk PAS. 


Percayalah,Allah tutup pintu hati mereka untuk mencintai rumah Allah(masjid) lalu mereka pun solat di tepi jalan. Tujuannya adalah untuk menunjuk-nunjuk.


Itu lah syirik halus yang berlaku,kerana buat amal berlandaskan nafsu.


Ujian Iman Yang Berat Tidak Mengatasi Amal Soleh;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dahulukanlah amal soleh di mana pada waktu itu akan terjadi huru-hara dahsyat bagaikan malam yang gelap gelita, seseorang pada pagi harinya beriman lalu pada petang harinya menjadi kafir, atau petang harinya kafir, lalu pagi harinya menjadi mukmin. Ia menjual agamanya dengan keduniaan" ;- (Riwayat Muslim)




No comments: