Thursday, 29 May 2014

KULIT CANTIK ISI PUN CANTIK!!!


SIKAP SEBENAR ARTIS WANITA 

DI LOKASI PENGGAMBARAN 

DIDEDAHKAN !!!












Sebut saja nama Lana Nordin, 
pastinya anda sudah terbayangkan 
gelaran Pamela Anderson 
yang diberikan kepadanya. 

Begitu juga dengan Rita Rudaini, 
yang mendapat gelaran janda 
hot walaupun tidak dipinta 
gelaran sedemikian.

Namun siapa sangka, dengan penampilan 
mereka seperti itu, mereka sebenarnya 
amat menjaga waktu solat biarpun ketika 
berada di lokasi pengambaran.

Ikuti pendedahan Shahrulezad 
Mohameddin, seorang pengarah 
Drama tempatan:

Bila lihat Lana Nordin kat skrin tv skrg buat 
saya rasa sedikit kagum dgn dia. Dalam 
segala kutukan yg dia terima disebabkan 
imej seksi nya itu tapi biladi set lokasi saya 
dia amat menjaga

waktu solatnya walaupun terpaksa dimekapkan 
berulang ulang kali siap dgn bulu mata palsu 
setiap kali hendak masuk set selepas solat. 
Sedikit pun dia tak komplen. Rita Rudaini pun 
sama. Seorang yg sgt menjaga solatnya. 

Dia akan gelisah bila waktu solat hampir berlalu. 
Yer lah waktu shooting kan tak menentu dan 
sentiasa terkejar kejar scene. So yg selalu jadi 
masalah ialah artis wanita ler sbb terpaksa 
tergesa gesa nak buang mekap dan pakai semula. 
Oh yer Rosnah Mat Aris pun sama jugak dan 
beberapa artis artis yg lain.


Kalau artis lelaki senang jer. Boleh solat di mana 
saja. Tapi artis perempuan ni sedikit susah. Kadang 
kadang terkial kial mereka fikir nak solat di mana 
sekiranya set ditepi jalan atau di dalam hutan. 

Tu yg kadang kadang ada sesetengah artis 
wanita terpaksa mengqadakan solat mereka 
bila balik rumah. Bayangkan bila penat 
seharian di set shoot sampai lewat malam. 
Balik umah kena qada solat pulak. Ada tu 
yg cerita dekat saya pernah sampai tertidur 
tidur derang dalam solat sebab keletihan. 
Dah tak pasal pasal kena qada balik. Kesian kan.

Sebab tu saya dah pesan dengan krew saya 
terutamanya mekap artis supaya beri laluan 
pada artis artis perempuan yg nak bersolat. 
Memang leceh sebab nak buang mekap dan 
pakai semula berulang ulang kali tapi demi 
membantu mereka menjalankan kewajiban
itu adalah tanggungjawab dan keutamaan kita. 
Kita akan tunggu mereka bersiap tanpa syarat 
walaupun kita cemas mengejar waktu.

Apa apa pun saya senang dgn perubahan ini. 
Telah mula ramai artis artis kita yg mula menjaga 
solat mereka meskipun keadaankerja mereka yang 
tak menentu dan selesa...


Alhamdullilah... - SUMBER

MasyaAllah, siapalah kita untuk menilai 
dan menghina manusia-manusia ini? 

Semoga kita terus dikurniakan hidayah 
dari Allah SWT. - MyMediaHubOnline


No comments: