Thursday, 1 May 2014

DEMI ISLAM UMNO DAN PAS WAJIB BERSATU!!!


DEMI ALLAH: PENYATUAN UMNO-PAS DISOKONG




Tindakan kerajaan negeri Kelantan yang 
ingin melaksanakan Hudud di negeri tersebut 
telah menimbulkan satu polemik baru di 
dalam pentadbiran negara.

Tetapi malang sekali bagi pihak PAS 
apabila rancangan untuk melaksanakan 
Hudud itu telah ditentang rakan sekutu 
mereka dalam Pakatan Rakyat sendiri.

DAP melalui mendiang Karpal Singh sebelum 
ini dengan lantangnya menegaskan bahawa 
Hudud yang cuba diketengahkan PAS adalah 
satu perkara yang sia-sia kerana beliau dan 
pemimpin DAP yang lain akan memastikan 
Hudud tidak akan dapat dilaksanakan dengan 
alasan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Selepas kematian beliau,legasi itu diteruskan 
oleh beberapa pemimpin yang lain. Mereka 
tetap dengan pendirian bahawa PAS yang 
memenangi kerusi paling sikit dalam 
gabungan Pakatan Rakyat harus akur dengan 
kemahuan DAP tentang isu Hudud sehingga 
DAP melobi pemimpin bukan Islam dari 
komponen BN untuk turut menentang hudud 
PAS.

Bagi PKR pula, demi sokongan kaum Cina 
kepada pembangkang, mereka bersetuju 
bahawa Hudud ini buka satu jalan yang bijak 
serta menegaskan bahawa Hudud ini tiada 
termaktub dalam Buku Jingga serta 
perlaksanaannya tidak harus dilakukan di 
Kelantan.



Melihat kepada penentangan dan bersatunya 
bukan Islam dalam penolakan hukum Hudud 
ini, ISMA selaku NGO Islam profesional 
berpendapat sudah masanya umat Islam bersatu 
dari membiarkan bukan Islam atau puak kafir dari 
membuat keputusan menentukan masa depan 
agenda Islam.

Melalui presidennya, Abdullah Zaik Abd 
Rahman dalam satu kenyataan media 
menegaskan bahawa umat Islam harus 
bangkit dalam hal ini kerana kita tidak 
boleh membiarkan mereka(bukan Islam) 
memainkan peranan negatif dalam kedudukan 
orang Islam di Malaysia.

"Sikap orang kafir yang lantang menentang 
hudud adalah satu tindakan di luar batas hak mereka". 
"Mereka tidak boleh memainkan peranan negatif sama 
ada menentang atau menghalang cita-cita yang boleh 
mengangkat kedudukan Islam dan orang Islam di 
Malaysia,” tegas Abdullah Zaik.

Sementara itu, melalui biro politiknya Ustaz 
Mohd Hazizi, ISMA berpendapat sudah 
sampainya UMNO dan PAS menghentikan 
persaingan politik kepartian yang merugikan 
dan seharusnya mengfokuskan kepada 
penyatuan umat demi kemajuan Islam yang 
kini diasak teruk oleh segelintir pihak yang 
bukan Islam.

“ISMA melihat secara positif sokongan 
terbuka pimpinan tertinggi UMNO terhadap 
pelaksanaan hudud oleh Kerajaan Kelantan. 
Di saat perpecahan umat Islam kepada dua 
blok politik kepartian yang merugikan, 
sebarang persepakatan atas isu-isu 
kepentingan umat Islam adalah amat dialu-
alukan,” ujar beliau.

Merujuk isu ini, beberapa pihak dari Pakatan 
Rakyat sebelum ini jelas kurang senang 
dengan sokongan yang ditunjukkan UMNO 
kepada PAS sehingga pelbagai cercaan dan 
fitnah diwujudkan sehingga ada pihak 
mendesak agar Hadi Awang melupakan 
sokongan dari pihak UMNO yang kononya 
berniat jahat..
-UtaraNews.