Israel adalah
satu-satunya negara di dunia yang mewajibkan wanitanya berkhidmat dalam
pasukan tenteranya sekurang-kurangnya dua tahun selepas mereka mencapai
umur 18 tahun.
Mereka
akan dilatih selama lima minggu sebelum ditempatkan di mana-mana unit
yang difikirkan perlu dan bersesuaian.Namun disebabkan terlalu muda dan
'terpaksa', ramai di kalangan anggota tentera wanita mereka dilihat cuba
untuk memprotes arahan berkenaan dengan cara tersendiri.
Baru-baru
ini sekumpulan anggota tentera wanita mereka telah beraksi lucah
sebelum memuat naik tingkah laku mereka itu di dalam laman
Facebook.Paling memalukan, dengan hanya memakai seluar dalam dan coli,
mereka bergambar beramai-ramai sambil memegang raifal dan senjata
automatik.
Tindakan
memalukan dan biadap tersebut telah menggegarkan reputasi pasukan
tentera wanita negara tersebut yang sebelum ini sering dimomok-momokkan
oleh media negara itu sebagai sebuah satu-satunya trup tentera wanita di
dunia 'yang hebat dan gagah'.-mynewshub.my
No comments:
Post a Comment