Sunday 25 May 2014

Ratu Cantik Terlanjur!!!




WELUREE (tengah) diapit Pimbangkot (kiri) dan Sunnanipa.


Bangkok: Pemenang Miss Universe Thailand Weluree ‘Fai’ Dissayabut semalam memohon maaf secara terbuka selepas teruk dikecam pengguna laman sosial kerana ‘terlanjur’ membuat komen mengenai krisis politik negara itu.


Sejurus selepas diumum sebagai pemenang, Weluree mula dihujani kritikan pedas orang ramai.


Keadaan itu memaksa Weluree meminta maaf dan berjanji berubah sebelum mewakili Thailand di pertandingan ratu cantik antarabangsa itu.


Dikenali sebagai pelakon dan hos rancangan televisyen Strawberry Cheesecake, Weluree dinobat sebagai juara Miss Universe Thailand pada malam Ahad di dalam acara yang disiarkan secara langsung di televisyen.


Media melaporkan, Weluree pernah mengecam kumpulan Baju Merah sebagai antimonarki dan menganggap Thailand akan menjadi lebih aman tanpa mereka.


Kemenangan Weluree dianggap mengejutkan kerana pemenang tempat kedua, Pimbangkot ‘Ellie’ Jankaew dan ketiga Sunnanipa ‘Namphet’ Krisanasuwan lebih digemari penonton.


Malah, selepas kemenangan Weluree diumum, hadirin terus menjerit nama Pimbangkot.


Laman media sosial pula menjadi tempat pengguna Internet melepaskan rasa tidak puas hati dan terkejut mereka dengan kemenangan Weluree itu.


Ada antara mereka turut berkongsi gambar Weluree dan Pimbangkot serta membuat perbandingan antara mereka.


Antara kecaman dimuat naik di Internet ialah: “Binatang! Wanita memiliki payudara besar memang pasti berjaya.” - Agensi

Sumber