Thursday, 15 May 2014

Muka Saja Cantik!!! Fulawei!!!

Foto

Penampilan sulung Fernanda Colombo Uliana (gambar) sebagai penolong pengadil liga utama Brazil berakhir dengan kontroversi Ahad lalu apabila dia menafikan peluang saat akhir pa­sukan pelawat, Cruzeiro untuk m­enyamakan kedudukan de­ngan pesaing setempat, Atletico Mineiro apabila memutuskan ia ofsaid.

Dia kemudian dikecam pelbagai pihak berhubung aksinya yang dianggap lembap memandangkan ia perlawanan pertamanya sebagai pegawai di peringkat itu.

Cruzeiro ketinggalan 1-2 dengan baki perlawanan beberapa minit apabila Allison menjaringkan gol, tetapi Fernanda mengibarkan bendera menandakan ofsaid, keputusan yang dikatakan satu kesilapan jika dilihat kepada rakaman semula.

Fernanda yang sebelum ini mengadili perlawanan Piala Brazil tetapi membuat penampilan sulung dalam Serie A, Ahad lalu menerima sorakan penyokong tuan rumah tetapi membangkitkan kemarahan pemain Cruzeiro dan pengarah bola sepak kelab terbabit, Alexandre Mattos.

Foto
Penyerang Cruzeiro, Mar­celo Moreno menyambung ­protes selepas wisel penamat dan ­menerima kad merah mana­kala Mattos mengutuk prestasi ­Fernanda.

“Penolong pengadil itu memang cantik, tetapi dia tidak bersedia untuk perlawanan ini,” Mattos dilaporkan sebagai berkata dalam laman web Globo.

“Penyokong bersorak dan dia tersilap. Dia cantik tetapi pada masa sama perlu menjalankan tugas dengan baik.

“Jika dia cantik, dia sepatutnya bergambar dalam Playboy.”

Respons Mattos yang berang itu mungkin merujuk kepada pengadil wanita paling popular di Brazil, Ana Paula Oliveira, yang bersara pada 2007 tidak lama selepas bergambar untuk majalah lelaki terbabit.

Marcelo Moreno memberikan Cruzeiro gol pendahuluan pada separuh masa pertama sebelum Marion dan Andre meletakkan pasukan tuan rumah di depan.

Fernanda adalah antara wanita yang berjaya menembusi dunia bola sepak yang sebelum ini dimonopoli lelaki dan berusaha keras untuk dikenali berbanding rupa parasnya.

Minggu lalu pengurus kelahiran Portugal, Helena Costa menjadi pengurus wanita pertama di kelab dalam dua liga utama Eropah apabila dilantik mengendalikan Clermont Foot di Perancis.

Pengadil Itali yang juga model sambilan, Elena Tambini, 25, juga meningkat naik di negaranya sendiri dan dia dijangka menjalankan tugas di Serie B, Serie A juga peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

Meskipun menyokong ­pembabitan wanita dalam bidang pengadilan, bukan semua pihak dalam bola sepak Brazil dapat menerimanya dengan baik.

Jurulatih pasukan liga ­bawahan, Juventus de Santa Catarina, Celso Teixeira berdepan masalah baru-baru ini kerana memanggil penolong pengadil Maira Americano ­Labes ‘gostoso’ (‘sedap’ dalam bahasa Portugal) selepas dibuang padang ketika perlawanan kejuaraan Catarinense.

Maira bagaimanapun tidak kisah kerana dia memberi­ tumpuan terhadap perla­wanan, tetapi Teixeira mendakwa penyokong mengeluarkan kata-kata itu.

No comments: