Mulan Jameela dan Ahmad Dhani semakin berani
Jika dahulu pasangan suami isteri kontroversi ini cukup berahsia untuk berkongsi keintiman mereka setiap kali di tempat awam tetapi kini tidak lagi.
Ini kerana baik Ahmad Dhani mahupun Mulan Jameela semakin yakin untuk mempamerkan 'kebahagiaan' tersebut di khalayak tanpa segan silu.
Malahan perkahwinan sembunyi yang dipendamkan selama ini ditayang semula menerusi klip video single terbaharu Mulan berjudul Tiada Kata.
Memilih konsep perkahwinan dalam taman, klip video itu mempamerkan Ahmad Dhani sebagai model dan kekasih Mulan.
Justeru tiada sedikitpun perasaan kekok kelihatan pada lakonan mereka bermula daripada acara menyarung cincin, berpelukan dan kemesraan di ranjang.
"Tidak salah kalau kami beraksi intim, suami isteri bukan? Ada anak (Safeea) lagi. Buat apa mahu malu.
"Lainlah kalau kami ini belum kahwin, statusnya hanya pasangan kekasih," kata Ahmad Dhani yang menganggap klip video itu sebagai sesuatu yang istimewa.
Mulan pula merasakan pemilihan Ahmad Dhani sebagai pasangan tepat kerana baginya tidak manis jika seorang wanita berstatus isteri melakonkan adegan intim sebegitu dengan lelaki lain.
Bersyukur kerana tidak perlu lagi menyembunyikan status kata Mulan, dia juga lega apabila tidak perlu lagi bermuka-muka.
"Kemesraan kami bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada profesionalisme. Kerja sebagai figura awam kena bijak mengawal perasaan.
"Saya yakin suami saya lebih arif tentang dunia hiburan sebab itu dia tidak membenarkan model lelaki lain mengambil posisi di sebelah saya. Tidak mahu bikin kontroversi lagi," kata Mulan.
Artikel Penuh : utusan.com.my
No comments:
Post a Comment