Monday, 5 May 2014

GILA,TOLOL,BANGANG,ADA BELAKA!!!!


Wanita Yang Dirogol Patut Digantung Sampai Mati????




Dalam dunia ni semua orang tahu mengenai 
istilah 'Rogol' ataupun dinamakan seks paksa 
yang biasanya berlaku keatas wanita yang 
menjadi mangsa jenayah seksual ni. 

Di negara kita, kita melindungi wanita-wanita 
yang teraniaya seperti ini, tapi berita yang 
terbaru ni amat mengejutkan aku bila 
membacanya. apabila ada statement yang 
keluar mengatakan wanita yang dirogol 
patut digantung bersama-sama perogol. 

Gila??

Seorang senior member parti sosial di India 
Abu Azmi, mengatakan beliau menghendaki 
apabila seorang wanita telah dirogol atau 
dipaksa melakukan seks, maka hukumannya 
adalah digantung sampai mati bersama-sama 
si perogol.

"Perogol boleh dikenakan hukuman gantung 
mengikut ajaran Islam disini, tapi tidak kepada 
wanita yang dirogol, hanya lelaki, walaupun 
wanita itu bersalah" katanya.

"Wanita, samada yang sudah berkahwin atau 
bujang, yang melakukan seks, walau dengan 
rela atau terpaksa, harus digantung, 
tambahnya.

Inilah statement yang paling gila pernah aku 
dengar, memang ajaran Islam itu Adil, dimana 
ia akan menghukum orang yang berbuat jahat 
sahaja dan membela orang yang teraniaya. 

Aku tak tahu ajaran apakah yang dipakai oleh 
Abu Azmi ini. Sebab setahu aku, semua agama 
yang ada samada Kristian, Hindu, dan 
sebagainya tidak akan menganiaya orang yang 
telah teraniaya.

Selain itu, ketua parti Mulayam Singh Yadav 
turut menambah, bahawa lelaki yang bersabit 
kesalahan harus dimaafkan atas slogan 
'Boys will be Boys'.

No comments: