Ekoran desakan yang begitu kuat di
kalangan penyokong dan pengikut akar umbi
Pas, akhirnya pimpinan tertinggi Pas
akhirnya terpaksa mengeluarkan
kenyataan berhubung Hudud
sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa
tidak puas hati dikalangan pimpinan DAP
dan PKR. Seorang demi seorang pemimpin
DAP terus menyuarakan bantahan terhadap
PAS dan agenda hudud yang bakal
dilaksanakan sekiranya PR memang PRU13.
Sebelum ini Norman Fernandez,
Timbalan Pengerusi DAP Johor,
telah mengeluarkan kenyataan agar
rakyat khususnya di Johor agar tidak
mengundi Pas kerana curiga dengan
keikhlasan parti itu dalam perjuangan
pakatan pembangkang. Malah dia turut
mendesak agar DAP untuk sgera keluar
daripada pakatan pembangkang selagi
Pas
masih menganggotainya.
“Saya akhirnya telah memutuskan bahawa
Pas tidak layak mendapatkan undi saya.
Penganut bukan Muslimin harus sedar apa
yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia
diberi kuasa... DAP mesti sedar bahawa Pas
bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan
boleh diharapkan. DAP harus
mempunyai keberanian untuk mengaku
hakikat ini,” katanya sebelum ini.
Tidak cukup dengan itu, Norman turut
menyelar Ketua Pemuda Pas Johor sebagai
'fanatik agama'. Malah dia turut
mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan
telah membuat deklarasi yang melarang
orang Islam mengucapkan ‘Selamat Hari
Krismas’ kepada orang Kristian.
Terbaru ahli jawatankuasa DAP Kedah
S Neelamekan, turut mengambil pendekatan
yang sama dengan membuat kenyataan
terbuka membantah rancangan Pas
untuk menubuhkan negara Islam. Dia
yang menyifatkan Pas sebagai
sebagai "berbahaya" turut mengatakan
"Satu-satunya cara kita boleh menghentikan
ini adalah untuk menghentikan Pas.
"Saya pasti tidak akan mengundi PAS dan
saya menggesa ahli-ahli DAP dan rakyat
Malaysia untuk melakukan perkara yang
sama. Parti itu tidak layak undi kami, "katanya.
Walaupun pimpinan ketiga-tiga parti
dalam pakatan pembangkang itu, sebelum
ini mengatakan mereka telah sepakat
untuk mengarahkan semua pimpinan parti
masing-masing agar tidak lagi
mengeluarkan sebarang kenyataan
mengenai hudud sehingga pendirian
bersama mengenainya dibuat.
Namun nyata mereka gagal untuk
memastikan arahan tersebut dipatuhi
oleh pimpinan di peringkat negeri.
Kesimpulannya, walaupun pakatan
pembangkang enggan mengaku, namun
hakikat dan realitinya gabungan parti
yang mendukung ideologi yang berbeza
itu semakin goyah akibat tiada
persefahaman. Pertelagahan merebut kerusi
juga masih belum diselesaikan
sehingga Pengerusi DAP Kedah
telah menyuarakan ketidakpuasan hati
beliau semalam
(sumber:blog kerisputera)
KOMEN KD
TERNYATA KEPUTUSAN PAS
UNTUK MENGAMBIL DAP JADI RAKAN
KONGSI DENGAN HARAPAN DAP
MENERIMA PERJUANGAN ISLAM ADALA
SUATU KEPUTUSAN YANG SIA-SIA.
MUSUH ISLAM YANG NYATA JANGAN
DIHARAP MEMBANTU ISLAM.MEREKA
BEGITU ANGKUH SEKARANG INI
KERANA MEREKA TAHU PAS
HANYALAH PENGEMIS JALANAN
YANG MENGHARAPKAN UNDI MEREKA.
RASA HORMAT TELAH HILANG.PAS
MEMBUAT SATU KESILAPAN BESAR BILA
MANA DAP HANYA MEMPERGUNAKAN
PAS UNTUK MENDAPAT UNDI MELAYU.
SEHARUSNYA DARI DULU LAGI PAS
MEMILIH UMNO SEBAGAI
RAKAN KONGSI.SEBURUK-BURUK
UMNO MEREKA MASIH ADA RASA
TAKUTKAN ALLAH!!!
MAHU KE PUTRA JAYA TETAPI GUNA JALAN
YANG JAUH DAN BERLIKU-LIKU MENAIKI
LORI BURUK DAP.
SEPATUTNYA PAS GUNAKAN JALAN
PINTAS DENGAN MENAIKI MERCEDES
UMNO.
SEKARANG DENGAN KEANGKUHAN DAP,
PAS BOLEH MENGAJAR DAP DENGAN
CARA BERGABUNG DENGAN UMNO.
TUNJUKKAN KEPADA DAP BAHAWA
PAS BERADA PADA KELASNYA
YANG TERSENDIRI.
KALAU DARI DULU LAGI PAS
BERGABUNG DENGAN UMNO DAH TENTU
KITA DAPAT MENYAKSIKAN BERAPA
BANYAK KERUSI BAIK DUN ATAU
PARLIMEN DALAM PRU KE-13 INI
MENANG TANPA BERTANDING.
INI DAPAT MENJIMAT WANG,TENAGA,
DAN WAKTU.UMPAT MENGUMPAT,
FITNAH MEMFITNAH PASTI TIDAK TERJADI
DAN MEWUJUDKAN SUASANA YANG
HARMONI.
SOAL HUKUM HUDUD BUKAN LAH
SESUATU YANG RUMIT.UMNO PUN ISLAM.
TIDAK DAPAT TIDAK UMNO PASTI
MENYOKONG PAS DALAM HAL INI.
APA YANG PERLU IALAH KESABARAN
KERANA KITA BERHADAPAN DENGAN
MASALAH KEKANGAN MAJORITI ISLAM
2/3 DI PAARLIMEN.PAS YANG MENYERTAI
BN AKAN MEMBENTUK KERAJAAN YANG
KUAT.
INI MEMBOLEHKAN PERSEMPADANAN
SEMULA KAWASAN DAPAT DI LAKSANAKAN
DAN KERUSI ISLAM AKAN BERTAMBAH
SECARA ANSUR-ANSUR.
PAS!!!KENALI SIAPA SAHABAT DAN
SIAPA MUSUH KAMU YANG SEBENARNYA!!!!!