Monday, 16 March 2015

MENENTANG ULAMAK SAMALAH MENENTANG NABI SAW.




by Sheikh Sayed Al Banjari

Husam Musa pun gilakan pangkat. Ingatkan manusia dari kalangan parti Islam tak tergila-gilakan jawatan dunia. Rupanya sesama merekapun berebutkan kuasa.



Sepatutnya dia menolak pencalonan Bahagian Kota Tinggi yang mencalonkannya merebut jawatan Presiden yang disandang Hj Hadi. 




Kenapa Hj Hadi mesti ditentang? Kepimpinan beliau sudah terbukti berjaya. Di antara kejayaannya ialah membawa masuk ramai bijak pandai masuk ke dalam PAS. 


Beliau seorang ulamak bertaraf dunia. Tidakkah Husam merasa berdosa seperti yang diwar-warkan PAS selama ini, sesiapa yang menentang ulamak ibarat menentang Nabi S.A.W? 




Berdosa tau menentang pewaris nabi!


KELAB GREENBOC

Kebenaran Itu Tetap Menang Mengatasi Kebatilan
Mar 15, 2015

Kata Hj. Hadi: Ahli PAS Dah Sejuta...


Kata macam-macam, tapi ahli PAS sudah sejuta'


PAS hari ini menolak dakwaan bahawa sokongan pada parti Islam itu merosot ekoran pelbagai kritikan diterimanya akhir-akhir ini.


Malah, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, keanggotaan parti itu kini sudah mencecah lebih sejuta orang, termasuk penyertaan terkini 8,000 anggota baru.
“Dalam keadaan orang sibuk kata pada PAS macam-macam, sebaliknya terbaru kita telah meluluskan keahlian baru seramai 8,000 orang.


“Ini menjadikan keahlian PAS sudah mencecah seramai 1,000,300 orang,” menurut status Facebook pemimpin nombor satu PAS itu.


Kenyataan itu juga menyebut ramai golongan muda berpendidikan tinggi menjadi golongan teramai menyertai PAS.


“Ini menunjukkan perjuangan kita ada kemajuan, makin hari bertambah ramai orang yang menyertai PAS,” katanya.


Hadi juga berkata mereka masih mendapat sokongan bukan Islam walaupun “dikepung dan disekat dengan pelbagai cara oleh Umno”. -mk



ULASAN GB


Tak tahu apa lagi kita nak cakap apabila Presiden PAS dihinggapi dengan "sindrom penafian", bahawa sokongan masyarakat terutama bukan Islam terhadap PAS sudah merudum seperti dilaporkan sebelum ini.



Penyakit ini biasanya dibawa oleh pemimpin UMNO yang akan berhujjah ramai yang sertai UMNO walaupun UMNO dilanda pelbagai kritikan dan masalah. Tak sangka pula Presiden PAS juga mengamalkan sikap itu tanpa mahu bertindak melakukan koreksi terhadap apa yang menimpa PAS hari itu. Itu sebab agaknya Haji Hadi berdiam diri terhadap pelbagai isu yang melanda PAS seperti isu percubaan membakar kereta AJK PAS Pusat, Dr Mohd Hatta, isu Dr Dzulkefly ditumbuk waktu suboh, isu perpecahan yang melanda PAS, dan lain-lain.



Haji Hadi akan mencari hujjah untuk menjustifikasikan apa jua keadaan negatif yang menimpa PAS, sama kes dengan isu pengeluaran watikan untuk menjadi calon PAS di dalam PRU13 dulu dengan melemparkan fitnah pil kuda dan komunis, merendahkan kebolehan Dr Wan Azizah, Presiden PKR di Parlimen kerana nak mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan seumpamanya.



Kini dinyatakan pula kononnya ahli PAS bertambah.... mungkin laporan dari Setiausaha Agong untuk beliau menyatakan begitu.



Katakanlah benar ahli PAS bertambah beribu-ribu seperti didakwa, apakah kerana ia faktor "menyokong ulama"? Atau kerana penyertaan itu adalah kerana "golongan muda" mahu menyelamatkan PAS daripada hanyut akibat dari sikap ulama yang sekarang ini dilihat sebagai kumpulan elit yang tidak boleh ditegur dan tidak boleh disentuh?



Allah saja Yang Maha Tahu. Namun "keangkuhan" dengan sindrom penafian Presiden PAS itu amat mengecewakan. Ia tidak lansung membawa kebaikan kepada PAS.


Sebagai penutup GB perturunkan satu anekdot ringkas mengenai kisah Hassan Al-Basri, seorang ulama terkemuka pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah saw. di bawah ini.



Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.
Kemudian Hasan berbisik dalam hati, 


"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".
Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam.


Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.


Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,


"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".
Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,


"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".
Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,


"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan".


Lelaki itu menjawab,

"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan".


Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
···
Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.
···
Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.
···
Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas...
···
Jangan pernah ujub & sombong pada amalanmu.


Saudaraku molek cerita ni boleh jadi Pengubat jiwa agar kita terhindar dri
sifat mazmumah walau sehebat manusia.


Moga kita trhindar dari sikap bangga diri,sombong,ujub dgn amalan kita sendiri. sekali2 jgn prnah berkata


"Aku lebih baik daripada kau"


Jika Hassan Al-Basry, ulama yang terkenal itu boleh menerima kritikan dan teguran apakah yang menghalang Haji Hadi, Naib Ketua Ulama Sedunia dan sekalian ulama dalam PAS daripada menjadi sepertinya.


No comments: