Monday, 30 March 2015

APA YANG NIK ABDUH MEREPEK NI???



Tolak Hudud, DAP Jatuh Ke Dalam Perangkap BN - Nik Abduh...Berbelit Belit Cakap Dia Ni...Habis Siapa Yang Sokong Hudud Di Kelantan Tu?




PETALING JAYA: PAS mendakwa tindakan sekutunya 
DAP menolak sekeras-kerasnya pelaksanaan hukum 
hudud di Kelantan ibarat telah jatuh ke dalam 
perangkap Barisan Nasional (BN).


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh 
Nik Abdul Aziz berkata alasan DAP yang mempertahan
kan sekularisme negara sebenarnya adalah usaha 
memperteguhkan kembali ideologi sekular BN yang 
semakin lemah.


"DAP telah masuk ke dalam perangkap Umno BN 
kerana bertegas menolak hak demokratik rakyat 
Kelantan.


"Apa yang mereka lakukan adalah untuk 
memperteguhkan kembali binaan ideologi 
sekular BN," katanya dalam satu kenyataan 
pada Sabtu.


Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir 
Mas berkata PAS akan terus berjuang menegakkan 
ajaran Islam walaupun bertentangan di antara 
sekularisme negara dan Islam sebagai agama rasmi 
akan berterusan.


"PAS akan terus berjuang mengembalikan umat 
Islam kepada kefahaman asal dan benar bahawa 
Islam adalah satu agama dalam erti kata yang 
sebenar iaitu satu sistem kehidupan.


"Maka Islam sebagai agama rasmi mestilah difahami 
dari agama itu sendiri, bukan dari kaca mata penjajah 
barat yang memahaminya secara salah," katanya.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac 
lalu meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah 
Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai 
kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia 
dilaksanakan kelak di negeri ini.


Kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat 
suara rang undang-undang berkenaan.


Sejarah tercatat apabila kesemua 12 anggota dewan 
daripada Barisan Nasional (BN) menyokong rang 
undang-undang itu yang dibentangkan kerajaan 
negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar Datuk 
Ahmad Yakob.


Kesemua 31 anggota dewan daripada PAS dan 
seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR-Guchil) 
Mohamad Roslan Puteh, menyokong rang undang-
undang berkenaan. 



KD:


WALAUPUN UMNO MEMBERI SOKONGAN PADU 
TERHADAP PAS DALAM DEWAN UNDANGAN 
NEGERI KELANTAN TERHADAP RANG UNDANG-
UNDANGJENAYAH SYARIAH,NAMUN UMNO TETAP 
DITUDUH SEKULAR!!!

DI SINI KITA SUDAH NAMPAK BELANG SEBENAR 
PEMIMPIN PAS YANG SUKA BERPUTAR BELIT! 
MEREKA SUDAH NAMPAK UMNO AKAN MENYOKONG 
HUDUD.INI MEMBAHAYAKAN MEREKA KERANA 
SENJATA MEREKA SELAMA BERPULUH-PULUH 
TAHUN DAHULU ADALAH UMNO MENOLAK HUDUD.
DIJAJA SETIAP KALI PRU  BERLANGSUNG!

MEREKA SANGAT MENGHARAPKAN UMNO MENOLAK 
HUDUD SUPAYA UMNO KEKAL DITUDUH TOLAK HUDUD 
TOLAK ISLAM!

DAP HANYA BERSANDIWARA DENGAN IZIN PAS AGAR 
UMNO TERPERANGKAP DENGAN PERMAINAN MEREKA!!!

TIDAK MUSTAHIL DALAM UNDIAN DI PARLIMEN NANTI 
MP PAS TIDAK AKAN UNDI MENYOKONG SUPAYA UMNO 
DITUDUH MENOLAK HUDUD!

BAYANGKAN KERUSI UMNO 88 TOLAK UMNO SABAH 
YANG TAK BERAGAMA ISLAM MAKA TINGGALLAH LEBIH 
KURANG 70 DAN DICAMPUR 21 MP PAS MAKA ADALAH 
91 KERUSI.

DAN ANDAINYA 21 MP PAS TIDAK UNDI SOKONG MAKA 
TINGGALLAH 70 KERUSI MENYOKONG.


DENGAN INI PAS AKAN TETAP TUDUH UMNO YANG 
TAK SOKONG KERANA HANYA (70-21=51) 51 ORANG 
AJE MP UMNO YANG UNDI SOKONG!!!KEMUNGKINAN 
SEBEGINI BOLEH BERLAKU DALAM PERMAINAN
BINATANG POLITIK!!!

DALAM BERSUNGGUH-SUNGGUH UMNO MEMBANTU 
PAS DI KELANTAN UNTUK MEREALISASIKAN UNDANG 
ISLAM DI NEGERI TERSEBUT,UMNO TETAP DITOHMAH 
SEBAGAI SEKULAR OLEH PEMIMPIN PAS! DASAR 
MANUSIA YANG TAK TAHU BERTERIMA KASIH!

BERTEPATANLAH DENGAN KATA-KATA ALLAH BAHAWA 
PERKARA YANG SUKAR DILAKUKAN MANUSIA IALAH 
BERTERIMA KASIH!!! 

TEPAT DAN BENAR BERTEPEK DIMUKA PEMIMPIN PAS!!!

JADI DIHARAPKAN MP UMNO DI PARLIMEN NANTI AGAR 
TIDAK MENGUNDI MENYOKONG KERANA PAS DAN DAP 
ADA AGENDA LAIN BUKAN KERANA AGAMA ISLAM DAN 
BUKAN KERANA ALLAH!


LAGI PUN DRAF RANG UNDANG-UNDANG JENAYAH 
SYARIAH PAS INI MASIH BANYAK KELEMAHAN NYA.
TIDAK LENGKAP SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM 
AL QUR'AN DAN HADIS!

No comments: