Friday, 27 March 2015

BILA SI JAHIL TUNJUK PANDAI UMPAMA DENGAR CAKAP ENGGANG,MAKAN BUAH BELULUK! DENGAR CAKAP SI BANGANG TERJUN MASUK LUBUK!!!


INILAH SI BODOH YANG TUNJUK PANDAI PADAHAL DIA NI SANGAT BEBAL DAN BENAK!!!

Baca al qur'an pun tak reti dan tak tahu,pandai-pandai kata hudud Pas tak selari dengan al qur'an.

Nak murtadlah tu!!!

SUMBER HUKUM DALAM ISLAM IALAH :

AL QUR'AN

HADIS

QIAS

IJMAK ULAMAK


DALIL AL QUR'AN

Kitab al-Qur'an menghuraikan beberapa jenayah yang tergolong dalam hudud dan adakalanya hukuman yang dituntut masing-masing. Jenayah pencurian hudud diperikan dalam Surah al-Mā'idah ayat 38:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
– al-Quran5:38

Jenayah menyamun atau merompak atau penderhakaan terhadap Islam di dalam Daulah Islamiyah diliputi oleh Surah al-Mā'idah ayat 33:

"Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
– al-Quran 5:33


Jenayah minum arak dicakupi oleh Surah al-Mā'idah ayat 90, tetapi hukumannya disuratkan dalam Hadis:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
– al-Quran 5:90 

Jenayah zina dan mukah dicakupi oleh beberapa ayat, termasuklah Surah an-Nur ayat 2:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
– al-Quran 24:2

Jenayah-jenayah hudud mengenai qazaf dan murtad berasaskan surah-surah an-Nur ayat 4 dan 6, surah at-Taubah ayat 66 dan surah an-Nahl ayat 106. 

DALIL HADIS

Hadis yang sahih dikira sebagai sumber perundangan syariah yang paling dipercayai selain al-Quran. Ia secara menyeluruh menghuraikan jenayah dan hukuman berasaskan hudud. Adakalanya al-Quran menentukan jenayah hudud tanpa menyatakan hukumannya, maka hukumannya ditentukan menurut hadis oleh para ilmuwan Islam.Antaranya:

Rasulullah saw. memotong tangan pencuri dalam (pencurian) sebanyak seperempat dinar ke atas.
– Aisyah r.a., Sahih Muslim

Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. Abu Bakar (pada masa pemerintahannya) juga telah melakukan perkara yang sama, sehingalah pada masa Umar (menjadi khalifah), beliau telah berbincang dengan para sahabat dan Abdul Rahman bin Auf telah mencadangkan (supaya diperberatkan hukuman kepada 80 sebatan) hudud yang paling ringan iaitu 80 sebatan.
– Anas bin Malik ra., Sahih Muslim

Orang murtad adalah halal darahnya, dan wajiblah dikenakan hukuman mati. Dalilnya ialah:

"Barangsiapa sahaja yang menukar agamanya (keluar dari Islam), maka hendaklah dia dibunuh."(Bukhari (2/280), Abu Daud (4351), At-Tirmizi (145), Nasaie (7/104), Ahmad (1/282)


Ibn Mas’ud meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Tidak halal darah seseorang muslim melainkan kerana salah satu dari tiga perkara: Kafir sesudah beriman (murtad), berzina sesudah ihshan (muhshan* yang berzina) dan membunuh jiwa seseorang.”
(Hadith Muttafaq ‘Alaih, Riwayat Bukhari, Muslim)

*muhshan: orang yang dah menikmati hubungan seks di alam perkahwinan, samada masih berpasangan atau dah bercerai atau kematian pasangan.

Cara membunuh orang murtad ialah dengan memenggal lehernya dengan pedang, berdasarkan hadith berikut:


“Muaz bin Jabal datang menemui Abu Musa Al-Asy’ari di Yaman, tiba-tiba di sisinya terdapat seorang lelaki. Mu’az berkata: Apa ini? Abu musa menjawab: Seorang lelaki Yahudi memeluk Islam kemudian ia kembali menjadi Yahudi, dan kami menghendaki dia kembali ke dalam Islam semenjak dua bulan. Kata Mu’az: Demi Allah, aku tidak akan duduk sebelum kamu penggal lehernya, lalu orang itupun dipenggal lehernya. Berkatalah Mu’az: Allah dan Rasul-Nya memutuskan bahawa barangsiapa yang murtad dari agamanya hendaklah kamu bunuh akan dia.” (Diriwayatkan Ahmad)

KALAU BODOH SANGAT PUN JANGAN LAH TUNJUK SANGAT! DAH SATU MALAYSIA TAHU YANG KAU NI BETINA BODOH!

INILAH AKIBATNYA KALAU RUJUK USTAZ NGA KOR MENG!!!



No comments: