Thursday, 5 March 2015

SEKIAN LAMA MEREKA DIPERBODOHKAN,SEKARANG MASIH LAGI DIPERBODOHKAN OLEHNYA!!!




Penjara tidak benarkan Anwar ke Parlimen

4 MAC: Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini telah menerima salinan surat Ketua Pengarah Penjara Malaysia menolak permohonan Nurul Izzah dan Wan Azizah Wan Ismail untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri persidangan Dewan Rakyat 9 Mac ini.M

Menurut sumber, surat itu diterima hari ini dan secara ringkas menolak permohonan itu dan salinan diberikan kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat untuk tindakan lanjut dan pengetahuan pihak-pihak berkenaan.

Ia berikutan Anwar kini tertakluk akta, peraturan dan prosedur Penjara Malaysia.Yang DiPertua Dewan Rakyat mungkin akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan namun belum dapat disahkan lagi bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan.

Semalam dalam satu kenyataan daripada pihak Penjara Malaysia menyatakan layanan serta kemudahan terhadap semua banduan termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sama selaras dengan ketetapan akta, peraturan penjara dan prosedur penjara.

“Keputusan, tindakan serta langkah yang diambil oleh Jabatan Penjara adalah berasaskan ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara yang diguna pakai untuk menguruskan semua banduan.

“Sebarang layanan istimewa daripada kakitangan penjara akan diambil tindakan,” kata Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim dalam satu kenyataan.

Pada 24 Februari lalu, keluarga Ketua Pembangkang telah menghantar petisyen kepada Lembaga Pengampunan di Istana Negara sekitar jam 4 petang.Ia berikutan Anwar dihukum penjara 5 tahun atas sabitan kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan 7 tahun lalu.

Sehingga kini belum ada tarikh ditetapkan Istana Negara untuk mendengar petisyen itu.-Bernama




KD:

SUDAH JELAS TERMAKTUB DALAM PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BAHAWA SESIAPA WAKIL RAKYAT YANG DIDAPATI BERSALAH DAN DIJATUHI HUKUMAN PENJARA AKAN HILANG KELAYAKANNYA SEBAGAI WAKIL RAKYAT! PILIHANRAYA KECIL WAJIB DIADAKAN!

TUNGGU APA LAGI??? 

PETISYEN KEPADA LEMBAGA PANGAMPUNAN TIDAK ADA KAITAN DENGAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DI ATAS!

LEMBAGA PENGAMPUNAN DIRAJA HANYA MENENTUKAN SAMADA BANDUAN ITU TERUS KEKAL DALAM PENJARA ATAU PUN DIBEBASKAN DARI PENJARA!!!

IRONISNYA HUKUMAN TERSEBUT DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH TERTINGGI NEGARA INI!
ANDAINYA SPR GAGAL MENGADAKAN PILIHANRAYA KECIL BERMAKNA SPR BOLEH DI ANGGAP MENGHINA MAHKAMAH!!!

DIAMPUNKAN BERMAKNA DIA BERSALAH! BILA BERSALAH BERMAKNA TEPATLAH HUKUMAN YANG TELAH DIJATUHKAN KE ATASNYA! BILA TEPAT HUKUMAN TERSEBUT BERMAKNA GUGURLAH KELAYAKANNYA SEBAGAI AHLI PARLIMEN! BERMAKNA PILIHAN RAYA KECIL BOLEH DI ADAKAN!!!

KENAPA SPR BERDIAM DIRI???

No comments: